Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan bagi prasekolah, tajaka meningkat, timbul cabaran bekalan tenaga kerja

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Feb 2023 05:52PM Dikemas Kini : 12 Feb 2023 10:15PM
SINGAPURA: Permintaan bagi prasekolah dan tajaka semakin meningkat dengan lebih ramai ibu bapa kembali bekerja di pejabat dalam fasa pasca-COVID-19 sekarang ini.

Namun, pengendali pusat-pusat sedemikian kini berdepan dengan cabaran besar, iaitu kekurangan tenaga guru.

Prasekolah seperti Little Skool-House misalnya, kini bukan sahaja menerima lebih banyak pertanyaan, pengambilan muridnya juga bertambah hampir 10 peratus.

Bagi menangani memenuhi permintaan, tajaka Little Skool-House terus-menerus mencari bakat yang sesuai.

Hasilnya, ia berjaya menambah jumlah kakitangan sebanyak 25 peratus sejak 2020 dan kini mempunyai hampir 400 pendidik.

Sebuah lagi pengendali, Mulberry Learning, juga menyaksikan jumlah pendaftaran di tiga cawangan di kawasan pusat bandar naik - daripada 960 tahun lalu, kepada 1,220 tahun ini.

"Dahulu ibu bapa mungkin bergantung kepada datuk nenek atau pembantu rumah untuk menjaga bayi. Namun, kini kami melihat trend yang mana datuk nenek kembali bekerja atau memburu minat mereka, serta juga kekurangan bekalan baru-baru ini bagi pembantu rumah masuk ke Singapura. Jadi ibu bapa sukar mencari jagaan alternatif," kata Peh Yi Han, Ketua Pegawai Operasi Global Edu Hub.

Bagi memenuhi permintaan yang bertambah, rangkaian tajaka itu meluaskan premis selain terus mengambil pekerja baru.

Menurut Encik Peh, ini bukan mudah dalam pasaran buruh yang ketat sekarang.

Demi memastikan kakitangannya yang sedia ada tidak rasa terlalu terbeban, syarikat itu membuat beberapa perubahan supaya para guru boleh menumpu perhatian kepada pengajaran.

Mulberry Learning juga meneroka cara-cara lain untuk mengekalkan bakat-bakat sedia ada.

Ini termasuk menyediakan pakej gaji berdaya saing serta menaja sepenuhnya kursus peningkatan kemahiran bagi kakitangan pendidiknya.

 
Sumber : CNA/RU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan