Permintaan bagi pembantu rumah terlatih dalam penjagaan naik 20% dalam 8 tahun
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Permintaan untuk pembantu rumah hijrahan yang terlatih dalam penjagaan meningkat sebanyak 20 peratus sejak lapan tahun yang lalu.
Ramai majikan kini sanggup membayar gaji sekitar 30 peratus lebih tinggi untuk mendapatkan khidmat tersebut.
Selama 25 hingga 30 minggu, pembantu rumah hijrahan dilatih untuk mengambil tekanan darah serta memantau tahap gula dalam darah - sebahagian daripada program latihan penjagaan warga emas.
Menjelang 2030, satu dalam empat rakyat Singapura bakal berusia 65 tahun ke atas, dan lebih banyak keluarga melihat pembantu rumah sebagai pilihan alternatif terbaik.
Ini terutamanya jika mereka tidak berupaya merawat ibu bapa yang lanjut usia atau tidak mampu membayar khidmat jururawat swasta.
"Kini, kebanyakannya adalah keluarga kecil. Semua mahu berdikari, kedua-dua suami dan isteri bekerja. Jadi siapa yang terjejas? Ibu bapa mereka," jelas Subhash Pritmani, CEO, Persatuan Pekerja Rumah Hijrahan.
"Ini adalah trend atau gaya hidup baharu, ia memberi banyak tekanan kepada kami untuk melatih pekerja rumah hijrahan untuk membantu para ibu bapa," tambahnya.
Ramai daripada pembantu rumah hijrahan yang menamatkan program latihan turut memilih program latihan lebih khusus seperti merawat demensia dan penjagaan paliatif.
Lebih 300 pelatih menerima pensijilan mereka selepas menamatkan program tersebut.
Sijil mereka turut diiktiraf oleh negara-negara lain seperti Filipina dan Myanmar.
Persatuan tersebut menyasarkan untuk melatih 10,000 pembantu rumah hijrahan supaya mampu memberikan penjagaan khusus menjelang 2030.

Sumber : CNA/FZ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.