Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan bagi pelitup merosot 40%, syarikat pengeluar pelbagaikan perniagaan

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan bagi pelitup merosot 40%, syarikat pengeluar pelbagaikan perniagaan

Gambar: Facebook/The Mask Fellows

SINGAPURA: Permintaan bagi pelitup berkurangan kira-kira 40 peratus sejak awal tahun ini, selepas Singapura melonggarkan peraturan memakai pelitup di luar rumah.

Sejajar dengan itu, jumlah firma tempatan yang menghasilkan pelitup pembedahan diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) juga merosot, menurut tinjauan oleh Mediacorp.

Sekurang-kurangnya 10 peratus daripada mereka sudah tutup kedai dan banyak yang sedang mencari jalan untuk mempelbagaikan perniagaan.

Pembuat pelitup pembedahan terbesar Singapura "The Mask Fellows" adalah antara berpuluh-puluh pengeluar tempatan yang mengalami penurunan permintaan sehingga 40 peratus.

Bagaimanapun syarikat itu menjangkakan permintaan akan mantap sepanjang tahun ini apabila negara memasuki norma baru, di mana orang ramai akan terbiasa dengan pemakaian pelitup.

Tetapi syarikat itu juga sedang berusaha mempelbagaikan produk keluarannya.

Pada bulan Mac, ia memperkenalkan produk-produk lain, seperti penapis udara dan larutan pembasmi kuman.

"Kami sebenarnya sudah merancang untuk mempelbagaikan produk, bagi melengkapkan perniagaan kami. Perniagaan pelitup adalah sebahagian daripada industri kesihatan, kesejahteraan, penjagaan kesihatan, jadi terdapat banyak peluang di luar sana," kata pengasas dan Pengarah Urusan The Mask Fellow, Daniel Chui.

Namun, beberapa pengeluar jenis pelitup lain, seperti pelitup 'boleh guna semula' memilih untuk mengurangkan pengeluaran.

Syarikat PEFORE misalnya mula membuat persiapan sejak tahun lalu untuk mempelbagaikan produknya.

Hasil penjualan syarikat itu merosot sebanyak 70 peratus dalam tempoh tiga bulan yang lalu.

Pengasasnya, Yu Ko berkata, PEFORE kini turut menghasilkan jenama pakaian MMRS Garb, dengan tumpuan pada fesyen wanita.

Sumber : CNA/SU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan