Permintaan bagi kit ujian COVID-19 melonjak di tengah gelombang jangkitan SG
Di tengah-tengah jumlah kes COVID-19 yang meningkat di Singapura, permintaan bagi kit ujian juga naik mendadak, dengan beberapa kedai mengatakan sudah kehabisan stok.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Di tengah-tengah jumlah kes COVID-19 yang meningkat di Singapura, permintaan bagi kit ujian juga naik mendadak, dengan beberapa kedai mengatakan sudah kehabisan stok.
Penjual runcit Watsons menyatakan permintaan bagi kit ujian COVID-19 naik lebih 150 peratus sepanjang minggu lalu.
"Kedai-kedai kami mempunyai bekalan mencukupi dan kami sudah menjadualkan bekalan baharu," menurut syarikat itu kepada Mediacorp pada Isnin (20 Mei).
Rangkaian pasar raya terbesar di Singapura, FairPrice juga menyaksikan permintaan bagi kit ujian ART dan pelitup naik hampir seganda pada minggu lalu.
Ketika Mediacorp mengunjungi beberapa kedai farmasi pada Selasa (21 Mei), sesetengah kedai itu sudah kehabisan stok kit ujian.
Di kedai Watsons di Star Vista misalnya, seorang kakitangan berkata beliau tidak pasti bila bekalan stok baharu kit ujian ART akan tiba.
Kedua-dua Watsons dan FairPrice menyatakan pihaknya berusaha memastikan terdapat bekalan mencukupi.
"Kami sentiasa mohon kerjasama dengan rakan-rakan kongsi untuk menangani sebarang kenaikan lanjut dalam permintaan.
"Tumpuan kami tetap untuk menyediakan sokongan penting kepada masyarakat," menurut Watsons.
Seorang jurucakap FairPrice Group berkata syarikat itu sedang bekerjasama dengan pembekalnya untuk memastikan terdapat "bekalan yang mencukupi dan berterusan" bagi barang-barang penting di kesemua cawangannya.
"Kami mengutamakan kesejahteraan pelanggan dan komited untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada barangan keperluan mereka," kata jurucakap itu.
Singapura sedang mengalami gelombang jangkitan COVID-19, dengan jumlah kes naik seganda dari minggu ke minggu.
Jumlah jangkitan COVID-19 pada minggu bermula 5 Mei hingga 11 Mei dianggarkan naik kepada 25,900 - iaitu 90 peratus lebih banyak berbanding 13,700 kes pada minggu sebelumnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.