Skip to main content

Singapura

Permintaan bagi khidmat dialisis di rumah meningkat

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Jan 2024 04:39PM Dikemas Kini : 28 Jan 2024 08:58PM
SINGAPURA: Permintaan bagi perkhidmatan rawatan dialisis di rumah semakin meningkat.

Menurut beberapa penyedia khidmat, ia naik hampir tiga kali ganda sepanjang tahun lalu, selaras dengan usaha negara untuk membolehkan lebih ramai warga emas dijaga di rumah, sedang kes kegagalan ginjal meningkat.

Setiap hari, enam pesakit baharu didiagnos mengalami kegagalan buah pinggang.

Rawatan di rumah selalunya melibatkan dialisis 'peritoneal', di mana cecair dipam ke dalam perut pesakit untuk membuang sisa.

Pesakit dan penjaga perlu mengikuti latihan selama sekitar dua minggu, untuk belajar bagaimana untuk melakukannya di rumah.

Bagi sebilanggan pesakit, mereka juga disokong oleh pasukan jagaan Lion Befrienders.

"Kami kumpulkan semua pesakit yang menjalani dialisis peritoneal. Mereka mempunyai kumpulan sokongan, dan kami kemudian menyelia kumpulan sokongan ini, bermakna ada lebih banyak perkhidmatan di rumah dan juga sokongan bagi mereka di rumah," kata Pengarah Eksekutif Persatuan Khidmat Lion Befrienders, Karen Wee.

"Kami tidak perlu masukkan kes berisiko rendah ke rumah jagaan, ke pusat jagaan siang atau ke pusat dialisis, kerana senarai menunggu bagi semua perkhidmatan ini adalah panjang," tambahnya.

Cara melakukan dialisis peritoneal di rumah juga memberi hasil yang setanding dari segi klinikal dengan hemodialisis biasa.

Bukan itu sahaja, Kementerian Kesihatan (MOM) juga menerapkan strategi dialisis serupa memandangkan jumlah kes kegagalan ginjal terus meningkat dan usaha untuk membina pusat dialisis fizikal yang baharu juga terhad.

Penyedia jagaan di rumah Home Global juga menawarkan kedua-dua khidmat rawatan dialisis secara langsung dan latihan bagi pesakit dan penjaga.

Dari tahun 2022 ke 2023 sahaja, ia menyaksikan permintaan melonjak tiga kali ganda.

Kakitangannya juga melakukan lawatan ke rumah pesakit untuk menjalankan pemeriksaan.

Selain itu, Active Global mengendalikan khidmat talian hotline 24 jam bagi pesakit dan penjaga yang memerlukan rawatan segera.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita