Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan bagi khidmat agensi cari jodoh tempatan naik 25% sempena Tahun Baru Cina

Musim perayaan di Singapura menyaksikan pendaftaran di agensi-agensi mencari jodoh melonjak hampir 25 peratus bulan ini, yang tertinggi dalam beberapa tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Musim perayaan di Singapura menyaksikan pendaftaran di agensi-agensi mencari jodoh melonjak hampir 25 peratus bulan ini, yang tertinggi dalam beberapa tahun.

Dengan sekatan-sekatan COVID-19 dimansuhkan, banyak agensi tempatan kini memperkenalkan pelbagai kegiatan untuk berkenalan, termasuk bercuti ke luar negara. 

Walaupun terdapat pelbagai aplikasi untuk mencari jodoh, ramai yang berpendapat, ia tidak sama dengan perjumpaan secara bersemuka. 

Agensi mencari jodoh CompleteMe misalnya, menyaksikan permintaan meningkat sebanyak 25 peratus sejak awal tahun.

Oleh itu, ia sedang meneroka pelbagai kegiatan popular termasuk aktiviti membuat sabun dengan saiz kumpulan yang lebih besar. 

Ekoran permintaan yang melonjak, agensi itu juga sedang berusaha mendapatkan lebih ramai pekerja dengan menawarkan gaji lebih tinggi. 

Terdapat juga beberapa agensi lain yang menerima ribuan pertanyaan sejak dua bulan lalu, meningkat 10 peratus berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

Agensi seperti Lunch Actually pula bekerja rapat dengan pelbagai restoran dan kafe tempatan bagi memastikan temu janji yang diaturnya dapat diadakan di tempat-tempat makan yang bermutu.

Banyak kerja keras diperlukan bagi mencari pasangan yang terbaik untuk para pelanggannya.

Oleh itu, para para konsultan syarikat tersebut harus menjalani latihan selama sebulan, sebelum meluangkan masa sehingga enam minggu untuk mengenali para pelanggan dengan lebih dekat. 

Setakat ini, Lunch Actually mengatakan, 85 peratus pelanggannya berpuas hati dengan temu janji pertama mereka. 

Ia juga menawarkan pelbagai kursus berguna seperti adab-adab bertemu janji dan bengkel memperbaiki imej yang diharap dapat meningkatkan peluang pelanggannya untuk menjalin hubungan.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan