Permintaan bagi jawatan pembimbing, kaunselor naik seganda sepanjang setahun
Permintaan bagi pekerjaan berkaitan pembelajaran di tempat kerja seperti pembimbing dan kaunselor sudah meningkat lebih seganda sepanjang empat suku lalu.
Itulah hasil dapatan yang dibentangkan dalam laporan SkillsFuture Singapore.
Laporan itu, yang diterbitkan buat pertama kali, menunjukkan trend dan keperluan keupayaan dalam sektor pendidikan dewasa serta latihan.
Laporan tersebut didedahkan semasa Pesta SkillsFuture yang diadakan^ di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) pada Sabtu (23 Jul).
Pesta itu adalah sebahagian daripada satu siri acara yang bertujuan menggalak pembelajaran sepanjang hayat.
Laporan tersebut juga menarik perhatian bahawa lebih banyak institusi pendidikan di Singapura kini memanfaatkan penggunaan teknologi dan sudah beralih ke wadah online.
Berucap di acara itu, Menteri Negara Pendidikan Gan Siow Huang menggesa institusi-institusi pengajian tinggi supaya bekerja rapat dengan pihak industri dan kesatuan-kesatuan sekerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.