Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan bagi app kesihatan mental melonjak di tengah pandemik

Mulai bulan ini, foodpanda menyediakan akses percuma kepada platform sehenti bagi menyokong kesihatan mental kesemua kakitangan dari 12 pasaran yang diceburinya.

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan bagi app kesihatan mental melonjak di tengah pandemik

Gambar: Try Sutrisno Foo

Diterbitkan : 07 Oct 2021 12:30PM Dikemas Kini : 07 Oct 2021 12:37PM

SINGAPURA: Mulai bulan ini, foodpanda menyediakan akses percuma kepada platform sehenti bagi menyokong kesihatan mental kesemua kakitangan dari 12 pasaran yang diceburinya.

Platform kendalian syarikat pemula kesihatan mental, Intellect, yang berpangkalan di Singapura menyediakan pelbagai alat panduan dari "sesi menyelamatkan (diri)" daripada tekanan sepanjang lima minit kepada program jagaan diri selama seminggu.

Para pengguna juga boleh menempah sesi konsultasi secara bertemu muka dengan para kaunselor berlesen dan jurulatih tingkah laku.

Namun, bukan foodpanda sahaja yang menawarkan sokongan berhubung kesihatan mental kepada para kakitangannya.

PERMINTAAN MELONJAK

Intellect yang melancarkan khidmatnya pada April tahun lalu, menyatakan bahawa platformnya untuk pelanggan korporat kini menyediakan khidmat kepada 20,000 kakitangan daripada lebih 20 syarikat berbilang negara (MNC) dan syarikat-syarikat pemula.

Aplikasi penggunanya yang menawarkan program terapi digital untuk para individu kini mempunyai lebih 2.5 juta pengguna secara keseluruhannya.

Selain Intellect, MindFi adalah satu lagi syarikat pemula berpangkalan di Singapura yang menyaksikan permintaan semakin meningkat sedang COVID-19 mengalihkan tekanan lebih kepada isu kesihatan mental dan memacukan lagi pendigitalan jagaan kesihatan.

Ia kini mempunyai 20 klien korporat merata Asia, menyediakan khidmat kepada lebih 100,000 pekerja.

Menurut MindFi, teknologinya memberi saranan berdasarkan profil psikometrik pengguna. Ia juga menyediakan program panduan jagaan diri dan memadankan para pengguna dengan jurulatih dan ahli terapi.

MINAT PIHAK KORPORAT

Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) adalah antara pihak yang memanfaatkan MindFi untuk membantu para pekerja jagaan kesihatannya memupuk kesedaran di tempat kerja dan di rumah.

Selain akses percuma kepada platform MindFi, NUHS bekerjasama dengan syarikat pemula itu untuk melancarkan program kesedaran kesejahteraan mental 100 hari pada Oktober tahun lalu.

Ini bagi menyokong para petugas jagaan kesihatan menangani banyak cabaran baru dalam jagaan pesakit di tengah-tengah pandemik, kata Pengarah Pusat Sains Minda NUHS John Wong.

Selain itu, peruncit pakaian online Zalora pada bulan lalu pula mengumumkan bahawa ia akan menyediakan kesemua kakitangan sepenuh masa faedah kesihatan mental seperti akses percuma kepada aplikasi meditasi dan sebuah platform kesihatan mental online untuk sesi-sesi kaunseling bersama ahli psikologi yang dirahsiakan.

RANCANGAN MASA DEPAN

Permintaan sedemikian sejauh ini memacukan lagi permintaan bagi pendanaan usaha niaga syarikat pemula bagi sokongan mental, bukan sahaja di Singapura tetapi merata dunia.

Oleh itu, Intellect dan MindFi menyatakan bahawa pendanaan sedemikian akan dimanfaatkan untuk menembusi pasaran-pasaran baru dan meningkatkan tawaran produknya sedang permintaan bagi huraian sokongan kesihatan mental secara maya dijangka kekal menjangkaui pandemik.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan