Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permata S'pore dicalonkan bagi 3 kategori Anugerah World Gourmet 2022

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Restoran Permata Singapore dicalonkan untuk tiga anugerah bagi World Gourmet Awards 2022.

Ini menjadikannya restoran hidangan Nusantara halal yang pertama di Singapura mendapat tiga pencalonan World Gourmet Awards!

Ketiga-tiga pencalonan itu adalah bagi Kategori Restoran Baru Terbaik, Restoran Terbaik Asian Cuisine, Reka Bentuk Restoran Terbaik Singapura.

World Gourmet Awards adalah satu-satunya anugerah peringkat nasional yang mengiktiraf kecemerlangan  dalam industri makanan dan minuman (F&B).

PENCALONAN BAGI 3 KATEGORI 'PEMBAKAR SEMANGAT'

Pengarah Kulinari Permata Singapore, Cef Mel Dean memberitahu BERITAmediacorp, pencalonan itu ibarat "pembakar semangat".

Ini apatah lagi setelah restoran yang menyajikan hidangan Nusantara secara progresif itu melalui proses penilaian yang tinggi untuk mendapat pencalonan daripada orang awam dan karyawan dari pelbagai industri F&B.

"Segala keringat usaha, cabaran yang kami lalui serta pengorbanan untuk memartabatkan makanan Nusantara telah mendapat pengiktirafan dan ini amat membanggakan, bagaikan pemangkin pembakar semangat. 

"Pandemik COVID-19 telah menekankan kepentingan pengiktirafan jenama dan anugerah, justeru sudah menjadi matlamat saya untuk "mencetuskan" pembaharuan bagi mendapatkan perhatian yang memberangsangkan," ujar Cef Mel Dean.

PERMATA S'PORE TERIMA KUNJUNGAN KERABAT RAJA SAUDI

Baru-baru ini, restoran tersebut menerima kunjungan Menteri Ehwal Luar Saudi Putera Faisal Farhan Al-Saud yang datang ke Singapura atas undangan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli.

MENU KHAS 'CINTA ABADI' DARI 11-14 FEB

Khas untuk bulan Februari, restoran Permata Singapore akan menawarkan satu menu istimewa dari 11 hingga 14 Februari.

Seperti namanya 'Cinta Abadi', hidangan menu istimewa itu pasti akan membuat para pelanggan 'jatuh cinta' dengan hidangan Nusantara.

Ratu Samudera

Menurut Cef Mel Dean, setiap hidangan di dalam menu itu mengekalkan ciri-ciri asal masakan Nusantara dan beliau menerapkan penggunaan bahan-bahan 'premium' untuk mengangkat keaslian makanan tersebut.

Antaranya, Arjuna Impian - iaitu daging panggang 'fillet mignon' yang dihidangkan dengan krim lemak cili padi bersama jus limau dan kentang bakar berlapis.

Arjuna Impian

Dalam menu kali ini, Cef Mel Dean berkata beliau cuba menyuntik kelainan dari segi cara hidangannya disajikan dan ini bermakna lebih banyak kerja seni halus perlu dititikberatkan dalam persiapan setiap hidangan.

Malah, nilai estetika sesuatu hidangan bukan sahaja tertakluk pada persiapannya, tetapi juga pada nama-nama hidangan yang diberikan di dalam menu.

Sesuai dengan namanya, pencuci mulut Sutera Hati dan Dewa Impian bukan sahaja gah pada halwa telinga, tetapi ia juga sangat lazat.

Pencuci mulut Sutera Hati - iaitu kacang hijau mousse yang dihidangkan bersama panna cotta mempunyai tekstur yang lembut bak sutera.

Sutera Hati

Dewa Impian pula adalah pencuci mulut pisang bakar yang dihidangkan bersama kacang badam, 'salted caramel' dan aiskrim vanila.

Dewa Impian

Setiap tempahan menu 'Cinta Abadi' akan disajikan dengan minuman moktail 'Asmaradana' yang berperisa jus kranberi, limau dan kayu manis.

Hidangan menu 'Cinta Abadi' yang ditawarkan dari 11 hingga 14 Februari bermula pada harga S$88 setiap seorang.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman www.gedungkuning.sg/book.

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan