Permainan online agensi pencegahan jenayah bantu tingkatkan kesedaran awam terhadap penipuan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/NCPC)
SINGAPURA: Lebih 500,000 penduduk telah menyertai satu permainan online untuk membanteras penipuan, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk mendidik orang awam.
Melalui permainan #XiamTheScam yang dilancarkan oleh Majlis Pencegahan Jenayah Kebangsaan (NCPC) pada tahun lalu, para pemain perlu melaksanakan beberapa tindakan pencegahan penting supaya tidak terpedaya oleh para penipu.
Para pemain juga digalakkan supaya memuat turun aplikasi ScamShield dan mengikuti saluran ScamShield Alert di WhatsApp.
"Kami menyaksikan peningkatan dalam jumlah kes penipuan dan kerugian akibat penipuan. Terdapat pelbagai jenis penipuan yang masih menjejas rakyat Singapura," kata Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling pada Sabtu (22 Feb).
"Kami berharap melalui proses ini, mereka dapat memahami apakah kelemahan psikologi mereka, sekali gus mengukuhkan benteng pertahanan mereka terhadap penipu," tambahnya.
10 pemenang terbaik permainan itu menerima hadiah wang tunai bernilai S$25,000 secara keseluruhan di Pameran Pencegahan Jenayah NCPC.
Di acara itu, NCPC berkongsi langkah-langkah lain untuk bantu rakyat Singapura daripada menjadi mangsa penipuan.
Ini termasuk talian bantuan nasihat penipuan sepanjang masa, aplikasi ScamShield dan makluman menerusi wadah mesej sosial.
Pelakon tempatan dan pengarah filem Jack Neo dilantik sebagai Duta Kehormat Pencegahan Jenayah.
"Dalam industri saya, saya harap dapat menyebarkan mesej ini - sebagai contoh melalui video, wayang, persembahan pentas dan lebih penting sekali melalui penstriman secara langsung.
"Ini kerana saya sering melakukan penstriman secara langsung, jadi apabila saya menerima sebarang maklumat penting, saya dapat berkongsi dengan orang ramai," kata beliau.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.