Perlumbaan AI sebenar tertumpu kepada penyelesaian cabaran terbesar manusia: COO Google Deepmind
Perlumbaan global dalam kecerdasan buatan (AI) mungkin semakin rancak, namun bagi ketua pegawai operasi Google DeepMind, Lila Ibrahim, persaingan sebenar tidak seharusnya berkisar pada keunggulan teknologi.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perlumbaan global dalam kecerdasan buatan (AI) mungkin semakin rancak, namun bagi ketua pegawai operasi Google DeepMind, Lila Ibrahim, persaingan sebenar tidak seharusnya berkisar pada keunggulan teknologi.
“Apabila orang menggunakan istilah ‘perlumbaan AI’, saya rasa kita perlu berhenti sejenak dan bertanya, ‘Perlumbaan apa sebenarnya ini?’” kata beliau kepada Mediacorp pada Forum Ekonomi Baharu Bloomberg pada Rabu (19 Nov).
Kenyataannya itu dibuat di tengah-tengah perbincangan mengenai dominasi AI global yang semakin memuncak, dengan ketua eksekutif gergasi cip Amerika, Nvidia, Jensen Huang baru-baru ini berkata bahawa China berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin bidang tersebut berikutan kos tenaga yang lebih rendah di samping peraturan yang lebih longgar.
Namun Cik Lila berkata persoalan yang lebih penting adalah bagaimana masyarakat dapat mengimbangi risiko dan peluang AI.
“Kita perlu menjadi penjaga teknologi yang berhemah,” tambahnya.
“Hanya menyediakan teknologi begitu sahaja, itu bukan perlumbaan yang berbaloi, bukan? Perlumbaan ini adalah tentang … menyelesaikan beberapa cabaran terbesar manusia.”
Beliau menambah bahawa matlamat AI sebagai alat untuk memajukan manusia menjadi asas kerja DeepMind.
Syarikat itu – bahagian penyelidikan AI Google – diasaskan di Britain pada 2010 dan diambil alih oleh Google pada 2014.
Pencapaian penting makmal tersebut termasuk usahanya membangunkan AlphaGo, program komputer pertama yang berjaya mengalahkan juara dunia Go.
DeepMind turut mengumumkan pada Rabu pembukaan makmal penyelidikan baharu di Singapura, yang pertama di Asia Tenggara, yang akan menumpukan usaha penggunaan AI bagi menangani isu-isu seperti pendidikan dan penjagaan kesihatan.
IMBANGI KEBERANIAN DENGAN TANGGUNGJAWAB
Bagi Cik Lila, potensi AI terletak pada keupayaannya mencipta peluang untuk masyarakat, namun beliau mengingatkan bahawa pembangunan teknologi itu perlu dilakukan secara bertanggungjawab.
“Jika kita boleh menganggap AI seperti teleskop atau mikroskop untuk membantu kita memahami dunia di sekeliling, dan jika kita boleh melakukannya bersama masyarakat dan bukan ke atas masyarakat, itu amat penting,” katanya.
Beliau menggambarkan fasa seterusnya bagi perkembangan AI sebagai satu era di mana model-model AI menjadi lebih “umum dan berkeupayaan”.
Ini boleh hadir dalam bentuk “pembantu AI universal” yang boleh membuat pertimbangan dan memberi konteks, sementara tetap mengekalkan pengawasan manusia. Namun, “kemajuan penyelidikan” perlu dicapai untuk membolehkan kemampuan tersebut, kata beliau.
Walaupun sesetengah pelabur dan penganalisis mempersoalkan sama ada pendekatan Google yang lebih perlahan dan berasaskan penyelidikan menyebabkan ia ketinggalan berbanding pesaing seperti OpenAI, Cik Lila menolak tanggapan bahawa Alphabet, syarikat induk Google, tercicir.
Beliau berkata projek terbaharu Google – termasuk WeatherNext2, model ramalan cuaca bagi kesiapsiagaan kecemasan, dan model AI terbaharunya Gemini 3 – mencerminkan kepesatan inovasi syarikat itu.
“Di DeepMind, kami ditubuhkan atas premis ini: jika kita dapat membina AI secara bertanggungjawab untuk manfaat manusia, itulah misi yang benar-benar berbaloi,” kata beliau.
“Kita tidak boleh berani tanpa bersikap bertanggungjawab. Ia mesti kedua-duanya sekali.”
Ditanya siapa yang patut memimpin usaha dalam memastikan pembangunan AI yang selamat dan beretika, Cik Ibrahim berkata tanggungjawab itu perlu dikongsi merentas sektor.
“Ia mesti bersifat kolaboratif,” katanya. “AI ialah teknologi yang apabila dilepaskan — ia tersedia kepada semua orang dengan serta-merta, jadi ini memerlukan syarikat-syarikat untuk berhati-hati dalam cara mereka menjalankan penyelidikan.
“Pemerintah perlu memikirkan cara … untuk menetapkan peraturan yang seimbang dan menyediakan persekitaran yang sesuai.”
Beliau menyatakan bahawa DeepMind menggajikan pasukan bioetika, ahli antropologi dan ahli falsafah bersama pakar teknologi untuk memikirkan persoalan sedemikian dan bekerjasama dengan masyarakat bagi menanganinya.
“Kita perlu memikirkan bagaimana kita mempersiapkan generasi akan datang … bagaimana mereka belajar untuk menggunakannya?”
URUS RISIKO SEBELUM TERLAMBAT
Apabila ditanya mengenai kebimbangan bahawa AI boleh menjadi terlalu kompleks untuk diawasi manusia, Cik Lila berkata DeepMind melihat risiko sebagai satu “kontinuum”.
Ini termasuk risiko jangka pendek seperti berat sebelah, maklumat yang salah atau penyalahgunaan, dan risiko jangka panjang seperti siapa yang mengawal teknologi dan nilai yang menjadi dasarnya.
Bagi Cik Ibrahim, menangani cabaran ini sekarang – sebelum sistem menjadi terlalu berkuasa – adalah penting.
“Selagi kita sedang mengadakan perbincangan sekarang ketika kita membinanya, dan bukan menunggu sehingga kita terlalu jauh dalam membangunkan kemampuan,” kata beliau.
Sehubungan itu, DeepMind turut menubuhkan struktur tadbir urus, sistem penilaian dan kerjasama luar bagi memastikan modelnya diuji dari pelbagai perspektif, tambahnya.
Syarikat itu juga menerbitkan “rangka kerja keselamatan perintis” untuk menggalakkan dialog awam mengenai risiko jangka panjang.
“Saya secara peribadi meluangkan begitu banyak masa dari segi tanggungjawab dan keselamatan serta bekerjasama secara luaran, kerana saya fikir jika kita tidak melakukannya sekarang, ia mungkin terlambat,” kata Cik Lila.
PERANAN SINGAPURA DALAM PENYELIDIKAN AI GLOBAL
Tumpuan syarikat tersebut terhadap pendekatan AI yang lebih holistik dan global turut mendorong keputusannya umtuk membuka makmal penyelidikan di Singapura.
Faktor-faktor seperti masyarakat berbilang budaya dan bahasa, serta “bakat luar biasa yang ada di sini”, turut memainkan peranan, kata Cik Lila.
Sebahagian besar daripada kakitangan awal makmal tersebut ialah rakyat Singapura yang kembali dari bekerja di luar negara, selain pemindahan dari dalam Google sendiri.
Beliau menyatakan bahawa tumpuan Singapura terhadap bidang-bidang seperti peningkatan kemahiran, penjagaan kesihatan dan robotik menawarkan pasukannya “peluang untuk bekerjasama dengan ekosistem tempatan, dengan pemerintah, dalam persekitaran yang menyokong inovasi”.
“Pasukan di sini mempunyai autonomi untuk menentukan apa yang berlaku di rantau ini; ia juga akan membantu memperkukuhkan apa yang kami cuba capai di peringkat global,” tambah beliau.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.