Perlukah anda pasang pemutus litar arus baki? Ini yang perlu anda tahu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Penguasa Pasaran Tenaga)
SINGAPURA: Mulai Julai, setiap rumah di Singapura diperlukan untuk mempunyai alat pemutus litar arus baki (RCCB).
Sekalipun demikian, pemilik rumah akan diberi tempoh dua tahun untuk memasangnnya.

MENGAPA ANDA PERLUKAN RCCB?
Alat pemutus litar arus baki (RCCB) di dalam kotak pengagihan elektrik anda adalah alat keselamatan. Ia mencegah renjatan elektrik dengan memutuskan bekalan elektrik apabila kebocoran elektrik dikesan dalam rumah anda.
Kebocoran itu boleh berpunca daripada wayar yang sudah lama atau yang terdedah, serta alat elektronik atau penebatan yang rosak.
BAGAIMANA UNTUK TAHU JIKA ANDA PERLUKAN RCCB?
Pemilik rumah yang menetap di dalam flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dibina sebelum 1985 akan dimaklumkan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) untuk memasang RCCB di rumah mereka jika mereka belum melakukan demikian.
Mereka yang menetap di rumah privet, tidak kira tahun ia dibina, akan diarahkan untuk melakukan pemeriksaan, dan mematuhi peraturan tersebut jika mereka tidak mempunyai RCCB.
DI MANA TERLETAKNYA RCCB DAN BAGAIMANA UNTUK TAHU IA BERFUNGSI?
Cari kotak pengagihan elektrik anda di rumah.
Kenal pasti suis dengan butang ujian. Itulah RCCB.
EMA dan HDB menggalak setiap pemilik rumah untuk sering menguji RCCB untuk memastikan ia berfungsi.
Sebelum mengujinya, lindungi alat eletronik anda dengan mematikannya.
Mulakan ujian dengan memicit butang ujian. Suis RCCB akan turun ke bawah, dan memutuskan bekalan elektrik di rumah.
Uji semua suis lampu dan soket dinding di setiap bilik. Lampu dan alat elektronik tidak akan hidup jika RCCB berfungsi.
Jika lampu atau soket dinding berfungsi, ini bermakna rumah anda tidak dilindungi dengan penuh oleh RCCB. Anda perlu menguhubungi seorang pekerja elektrik yang berkelayakan dengan segera.
Untuk menamatkan ujian, matikan semua lampu dan soket dinding. Kemudian balikkan suis RCCB untuk kembalikan bekalan elektrik.
Jika anda merupakan pemilik HDB dan tidak menemui RCCB anda, hubungi talian perkhidmatan cawangan HDB di 1800-225-5432 atau layari www.hdb.gov.sg/efeedback untuk bantuan.
BERAPA KOS RCCB?
Flat HDB 1 bilik dan 2 bilik
Kos pemasangan dan kerja-kerja memasang semula wayar bagi flat satu bilik dan dua bilik dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah.
Untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah, HDB sudah menjalankan kerja-kerja pemasangan buat flat HDB satu bilik dan dua bilik yang siap dibina pada dan sebelum 1985.
Flat HDB 3 bilik dan lebih besar
Bagi pemilik flat tiga bilik dan lebih besar yang siap dibina pada dan sebelum 1985, dan tidak mempunyai RCCB, HDB akan memberi surat kepada mereka untuk mengongsi maklumat mengenai program bantuan pemasangan.
Di bawah program tersebut, pemerintah akan membiayai sehingga 95 peratus kos pemasangan dan kerja-kerja memasang semula wayar yang diperlukan.
Pemilik rumah privet
EMA juga akan memaklumkan kepada pemilik rumah privet untuk memeriksa jika mereka mempunyai RCCB yang berfungsi di rumah masing-masing. Jika tidak, mereka boleh menghubungi pekerja elektrik yang berkelayakan untuk memasangnya.
Kos akan ditanggung pemilik rumah privet itu.
APAKAH DENDANYA?
Semua pemilik rumah akan diberi tempoh dua tahun.
Selepas tamat tempoh tersebut, EMA atau ejen yang dilantik akan melakukan pemeriksaan penguatkuasaan secara rambang, tertumpu pada rumah privet atau flat tertentu yang selesai dibina sebelum 1985.
Rumah yang didapati tanpa RCCB akan diberikan amaran bertulis dan lapan minggu untuk memasang peralatan tersebut.
Mereka yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan denda sehingga S$5,000.
Namun, pemilik rumah yang mempunyai RCCB yang rosak tidak akan didenda.
Jika mereka mengesyaki alat pemutus litar arus baki mereka rosak, mereka perlu menghubungi pekerja elektrik berkelayakan untuk menjalankan pemeriksaan lanjutan dan menggantikannya, tambah pihak berkuasa.
Semua pemilik rumah boleh menghubungi pekerja elektrik berkelayakan di go.gov.sg/rccb-lew bagi kerja-kerja pemasangan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.