Skip to main content

Singapura

Perluas definisi kejayaan penting bagi pastikan daya tahan negara, kata Chan Chun Sing

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Memperluaskan definisi kejayaan di Singapura dengan memanfaatkan keupayaan yang pelbagai.

Ini akan menjadi anak kunci bagi memastikan daya tahan negara di tengah-tengah keadaan yang tidak menentu.

Berucap kepada kohort penuntut Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) pada Rabu (5 Okt),
Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menekankan peri pentingnya untuk beralih daripada pencapaian peribadi sebagai tanda kejayaan dan sebaliknya menumpukan perhatian kepada sumbangan mereka.

Encik Chan menyentuh tentang keistimewaan Singapura dalam membenarkan semua orang tanpa mengira kedudukan dalam kehidupan untuk merasakan perasaan bangga yang mendalam sebagai warga Singapura kerana dapat menyumbang sesuatu kepada generasi kini dan seterusnya.

"Hanya di Singapura, kita sentiasa menggalakkan agar menentukan kejayaan dengan betapa banyak membolehkan generasi akan datang untuk mecapai lebih baik daripada kita dalam generasi ini," tambah Encik Chan lagi.
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita