Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu tamatkan salah faham tentang air dari segi ekonomi, kata Menteri Kanan SG

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu tamatkan salah faham tentang air dari segi ekonomi, kata Menteri Kanan SG

Encik Tharman Shanmugaratnam. (Gambar: MCI)

SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam berkata huraian krisis air sejagat mungkin dicapai tetapi memerlukan perubahan minda.

Encik Tharman berkata demikian di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di luar Persidangan Air PBB.

Encik Tharman menekankan perlunya menamatkan salah faham tentang air dari segi ekonomi dan mula menilai air dengan betul.

Beliau juga menekankan perlunya menangkis salah faham tentang perbezaan antara keberkesanan dan keadilan, peranan kekurangan air dalam keselamatan makanan serta krisis iklim.

Penyertaan Singapura dalam Persidangan Air PBB juga menyaksikan Menteri Sekitaran dan Kemampanan Grace Fu menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung PBB.

Cik Fu berkongsi bagaimana Singapura melindungi sumber air dan memanfaatkan teknologi bagi meningkatkan keberkesanan air.
Sumber : CNA/RU/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan