Perlu sedia hadapi pandemik masa depan, kata Dr Vivian Balakrishnan & Pengarah WHO
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Vivian Balakrishnan
GENEVA: Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan bertemu dengan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus di Geneva pada Khamis (13 Okt).
Semasa membincangkan isu kesihatan global, mereka bersetuju tentang pentingnya memperkukuh pengawasan pandemik sejagat, meningkatkan ketelusan dan menentang maklumat-salah berhubung pandemik.
Dr Balakrishnan melahirkan sokongan penuh Singapura terhadap peranan WHO dalam menangani isu kesihatan global yang berubah-ubah.
Dr Tedros pula menarik perhatian tentang pengawasan aktif oleh Singapura terhadap situasi COVID-19 di dalam negara.
Mereka juga membincangkan perlunya untuk bersedia menghadapi pandemik masa depan dan yang baru muncul,
termasuk Ebola dan cacar monyet.
Kementerian Luar berkata, Singapura akan terus menyokong usaha berbilang pihak terhadap penggunaan vaksin dan usaha mengukuhkan sistem sejagat untuk tahap kesediaan dan tindak balas pandemik.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.