Skip to main content

Singapura

Perlu pulih keyakinan orang ramai terhadap hidangan siap makan: Grace Fu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 04 Mar 2025 11:00PM Dikemas Kini : 05 Mar 2025 12:27AM
SINGAPURA: Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata, ada keperluan untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap hidangan siap makan (RTE).

Cik Fu berkata demikian semasa menjawab pertanyaan beberapa AP tentang 20 kes radang perut dan usus atau gastroenteritis di Sekolah Seni (SOTA).

Para pelajar itu antara 187 kes keracunan makanan yang dilaporkan akibat pengagihan RTE sebagai sebahagian program Hari Pertahanan Mutlak pada 19 Februari lalu.

Katerer makanan tersebut SATS sudah melakukan pemeriksaan pada 23 Januari sebelum bermulanya Program Kesediaan Daya Tahan Makanan (FRPP).

Tiada pelanggaran keselamatan makanan dikesan.

SATS turut melaksanakan langkah-langkah tambahan, seperti menguji setiap bungkusan sekiranya berlaku kebocoran.

Setelah kes keracunan makanan dikesan, sampel hidangan yang terjejas dikumpul dan diuji.

Namun, ujian tersebut tidak menemui sebarang patogen bawaan makanan.

Siasatan sedang dijalankan dan Agensi Makanan Singapura (SFA) akan melakukan semakan tindakan susulan.

Program FRPP digantung buat masa ini.

"Kami perlu belajar dan mengambil iktibar positif daripada program ini.
Bagaimana kami boleh memastikan Singapura bersedia, berdaya tahan terhadap gangguan, dan gangguan itu bukan hanya dari segi bekalan makanan.

"Bagaimana jika kami tidak mempunyai kemudahan untuk memasak makanan? Bagaimana kami boleh terus menyediakan makanan berkhasiat kepada penduduk negara dalam jumlah yang besar dan dengan cara yang sesuai untuk semua?" kata Cik Fu.

Ini bukan tugas kecil sama sekali.
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita