AS perlu lebih terlibat dalam ekonomi Asia-Pasifik: Ng Eng Hen
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Facebook/Ng Eng Hen
SINGAPURA: Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya lebih terlibat secara ekonomi di rantau Asia-Pasifik.
Beliau berkata keabsahan kehadiran AS di Asia tidak boleh didasarkan hanya kepada jaminan keselamatan yang disediakannya, tetapi juga kepada sistem sejagat yang memanfaatkan semua negara.
Untuk meletakkan kehadiran AS di Asia sebagai tertumpu kepada Taiwan, kata Dr Ng, ada suatu pendekatan yang lebih sukar.
Hubungan Amerika Syarikat dengan China semakin tegang selepas lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika, Nancy Pelosi ke Taiwan, Ogos lalu.
"Amerika Syarikat meningkatkan kehadiran tenteranya di Asia sebagai kuasa yang memberi kestabilan adalah mulia. Ia baik, kami menyokongnya. Kami fikir AS harus melakukan lebih banyak lagi untuk terlibat, seperti yang ia lakukan sebelum ini - membina satu rangka kerja ekonomi, yang ibarat 'air pasang' yang boleh mengapungkan semua bot dan juga berwaspada tentang Taiwan, kata Dr Ng.
Bercakap di Forum Pertahanan Nasional Reagan ke-9 di California, Dr Ng berkata pengunduran Amerika Syarikat daripada Perjanjian Kerjasama Rentas-Pasifik (TPP) menimbulkan tanggapan bahawa ia menentang hubungan berbilang hala.
Pada masa yang sama, China menyertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau bagi negara-negara Asia, dengan jumlah dagangan yang bernilai AS$26 trilion (S$35 trilion).
China juga merupakan rakan kongsi dagangan utama bagi kebanyakan negara Asia.
"Ini akan sangat menjejas anda (AS) dan bukan sahaja Asia kerana kebanyakan masalah rentas sempadan, kami boleh menyebut tentang menopang dengan mesra.
"Tapi jika anda mengambil komponen mudah seperti bateri, logam berharga yang diperlukan hanya boleh didapatkan di beberapa negara. Anda perlukan kerjasama pelbagai negara, termasuk China, untuk menangani kebanyakan daripadanya," jelas Dr Ng.
Dr Ng juga bertemu dengan beberapa pegawai kanan pertahanan AS, di pinggir forum tersebut.
Mereka termasuk Setiausaha Tentera Udara AS, Frank Kendall dan Pengarah Agensi Keselamatan Negara, Jeneral Paul Nakasone.

Sumber : CNA/IA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.