Skip to main content

Singapura

Perlu lakukan lebih banyak untuk perkukuh kawalan IT, tangani kelemahan

Jawatankuasa Akaun Negara prihatin berhubung cara beberapa agensi pemerintah mengendalikan sistem IT masing-masing.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Jan 2018 09:41PM Dikemas Kini : 23 Jan 2018 10:41PM

SINGAPURA: Jawatankuasa Akaun Negara prihatin berhubung cara beberapa agensi pemerintah mengendalikan sistem IT masing-masing.

Isu tersebut ditimbulkan dalam laporan jawatankuasa lapan anggota itu kepada parlimen.

Jawatankuasa itu dibentuk bagi memantau bagaimana dana pemerintah digunakan.

Ia meneliti laporan terbaru Auditor Negara bagi tahun kewangan 2016/2017.

Dalam laporan terbarunya Jawatankuasa Akaun Negara menyeru agensi-agensi pemerintah supaya menangani kelemahan-kelemahan dalam bidang pentadbiran masing-masing.

Jawatankuasa itu menarik perhatian kepada kelemahan dalam bidang kawal selia teknologi maklumat (IT), pematuhan peraturan kewangan dan kurangnya penyeliaan projek-projek pembangunan.

Sistem IT tergugat apabila akaun-akaun tidak dibatalkan pendaftarannya setelah tidak lagi diperlukan.

Antara sebabnya, hak-hak akses yang tidak perlu juga diberikan kepada kakitangan.

Kementerian-kementerian Tenaga Manusia, Ehwal Dalam Negeri serta Pembangunan Sosial dan Keluarga dikenal pasti mempunyai kawalan IT yang lemah.

Misalnya menurut laporan itu di bawah Kementerian MSF, berlaku hampir 600 kes akses yang tidak sepatutnya berkaitan skim Bonus Bayi dan subsidi Jagaan Kanak-kanak.

Seorang pemberi khidmat luar juga menggunakan pelbagai akaun dengan akses tanpa batas bagi menyiapkan kerjanya dengan cepat.

Meskipun ia untuk tujuan sah, jawatankuasa tersebut menyatakan tindakan sedemikian mungkin membahayakan maklumat tertentu.

Kementerian MSF memberikan surat amaran kepada pihak pengurusan penyedia khidmat IT luar itu.

Ia juga melaksanakan langkah-langkah baru bagi menangani kelemahan seperti itu.

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita