Perlu jalin hubungan baru sedang masyarakat berubah, kata DPM Heng
Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata perlu untuk semua agama meluaskan ruang bersama dan membina jalinan hubungan baru sedang masyarakat Singapura terus berubah.
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat berkata perlu untuk semua agama meluaskan ruang bersama dan membina jalinan hubungan baru sedang masyarakat Singapura terus berubah.
Ini terutama sekali sedang jumlah mereka yang tiada pegangan agama semakin bertambah di sini.
DPM Heng menambah keharmonian harus diperkukuh bukan saja merentas agama tetapi juga melibatkan semua lapisan masyarakat.
Beliau berkata demikian di acara ulang tahun ke-72 Pertubuhan Silang Agama (IRO) hari ini (26 Ogos).
"Apabila ada perbezaan pendapat, kita tidak harus bersikap 'kita lawan mereka' yang akan meracuni dan memecahbelahkan masyarakat kita. Sebaliknya, setiap orang harus sedar kita mesti memahami orang lain dan bertolak ansur dari masa ke masa. Inilah caranya kewujudan kita di sini hari ini - melalui penghargaan bukan konfrontasi; saling menghormati bukan memandang rendah kepada orang lain," ujar Encik Heng.
Di acara siang tadi juga, risalah bertajuk 'Women of Faith' turut dilancarkan IRO.
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran tentang persamaan dalam ajaran agama dan menggalak perpaduan melalui petikan daripada 10 agama di bawah IRO.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.