"Perlu elak pertimbangan yang salah dan kemalangan": Vivian Balakrishnan mengenai perkembangan di Selat Taiwan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: MFA
SINGAPURA: Mengambil kira perkembangan terkini di Selat Taiwan, Menteri Luar Vivian Balakrishnan menekankan peri perlunya mengelakkan pertimbangan yang salah dan kemalangan, yang boleh "menggugat kestabilan rantau ini".
Dr Balakrishnan menemui Anggota Majlis Negara dan Menteri Luar China Wang Yi di luar Mesyuarat Menteri Luar Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ke-55 di Phnom Penh, Kemboja pada Khamis (4 Ogos).
Mereka bertukar-tukar pandangan mengenai keadaan serantau dan antarabangsa, termasuk perkembangan terbaru di Selat Taiwan, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura dalam satu kenyataan.
“Singapura mempunyai dasar ‘Satu China’ yang jelas dan konsisten dan menentang kemerdekaan Taiwan dan sebarang langkah sepihak untuk mengubah status quo,” kata MFA.
"Menteri Balakrishnan berharap AS dan China akan melaksanakan modus vivendi dan menekankan peri perlunya bagi hubungan AS-China yang stabil, yang penting untuk keamanan dan keselamatan," tambah MFA.
Modus vivendi merujuk kepada aturan atau perjanjian yang membolehkan pihak yang bertelagah hidup bersama secara aman, sama ada selama-lamanya atau sehingga penyelesaian muktamad dicapai.
Pada Khamis, China melancarkan peluru berpandu balistik dan mengerahkan jet pejuang dan kapal perang ketika ia memulakan latihan ketenteraan terbesarnya di sekitar Taiwan.
Ia berlaku selepas Speaker AS Nancy Pelosi melawat pulau itu, di mana beliau bertemu dengan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen. Lawatannya itu dikutuk China.
IKATAN KUAT
Dalam pertemuan mereka pada Khamis, Dr Balakrishnan dan Encik Wang mengesahkan semula hubungan kukuh antara Singapura dan China.
Mereka membincangkan kepentingan mempertingkatkan pertukaran peringkat tinggi dua hala, termasuk lawatan Anggota Majlis Negara dan Menteri Pertahanan Negara Jeneral Wei Fenghe dan Menteri Jabatan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao ke Singapura sebelum ini, kata MFA.
"Mereka menantikan pemulihan penuh ketersambunganudara, pertukaran pelajar, pelancong dan perniagaan apabila keadaan mengizinkan," tambah kementerian itu.

Sumber : CNA/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.