Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu bina bandar-bandar lebih mampan, lebih selesa didiami: Indranee Rajah

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 31 Jul 2022 07:49PM Dikemas Kini : 31 Jul 2022 08:33PM
SINGAPURA: Mengambil pelajaran daripada pandemik COVID-19 untuk membina bandar-bandar yang lebih mampan dan lebih selesa didiami.

Itulah tema Sidang Puncak Bandar-Bandar Dunia (WCS) 2022 di mana Singapura adalah tuan rumahnya.

Bagi memacu gagasan tersebut para pemimpin membincangkan bagaimana negara-negara dunia boleh memanfaatkan huraian-huraian bandar bijak demi bersiap bagi dunia yang lebih menjadi digital.

Berucap kepada para pemimpin bandar dan Datuk Bandar dari seluruh dunia, Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata, "Sejak dua setengah tahun yang lalu, ketersambungan manusia dan kolaborasi pengetahuan dan pengalaman cukup menyerlah.

Ini, kata beliau, "mesti dijadikan sebagai sebahagian daripada pendekatan dalam membentuk semula bandar-bandar masa depan.

Sidang puncak tersebut berlangsung sehingga Rabu ini (3 Ogos).
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan