Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu berfikiran terbuka untuk perkukuh jaringan keselamatan sosial; cabaran lebih besar menanti S'pura pasca COVID-19, dedah PM Lee

Walaupun pemerintah bersedia untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial Singapura ekoran cabaran yang lebih getir, ia mesti dilakukan dengan cara yang tidak akan menimbulkan masalah baru. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2020 07:10PM Dikemas Kini : 02 Sep 2020 08:43PM

SINGAPURA: Walaupun pemerintah bersedia untuk memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial Singapura ekoran cabaran yang lebih getir, ia mesti dilakukan dengan cara yang tidak akan menimbulkan masalah baru.

Encik Lee berkata huraian-huraiannya perlu pragmatik dan membuat perubahan sebenar serta mampan kepada golongan yang disasarkan seperti mereka yang lebih tua selain para pekerja berpendapatan rendah.

Encik Lee menambah Singapura sudah membina jaringan keselamatan sosial sejak 15 tahun lalu semasa ekonomi matang, pendapatan lembab serta para pekerja mendapati ia sukar untuk beralih ke pekerjaan lain jika diberhentikan.

Perbelanjaan bagi program-program sosial sudah meningkat tiga kali ganda sepanjang tempoh ini. Namun, ia tidak mencukupi semasa pandemik COVID-19.

Pemerintah perlu menggunakan rizab negara untuk membiayai belanjawan negara serta skim-skim seperti Skim Bantuan Pekerjaan bgai mengelakkan pemberhentian pekerja.

Menurut Encik Lee, langkah-langkah ini tidak boleh diteruskan selama-lamanya
dan Singapura perlu memikirkan tentang tahap sokongan sosial yang akan diberikan selepas pandemik COVID-19 berakhir.

"Kami perlu mengambil masa untuk menilai landskap selepas pandemik COVID-19, melihat perkembangannya dan masalah-masalah yang akan timbul. Kita perlu mengekalkan minda terbuka sedang kita membangunkan dan memperbaiki sistem-sistem sedia ada sertadan menimbangkan huraian yang akan berkesan pada konteks tempatan. Ia bukan hanya sekadar membentangkan idea-idea seperti gaji minimum dan insurans pengangguran tetapi menilai kesannya dengan teliti. Siapa yang akan menang dan siapa yang akan kalah dalam sektor pekerjaan? Bagaimana syarikat-syarikat SME dan orang awam akan terjejas?," katanya.

Encik Lee menekankan perlunya untuk mempunyai "minda yang terbuka" sedang Pemerintah membangunkan dan menambah baik sistem sedia ada di samping mencari huraian yang berkesan di negara ini.

"Kita perlu mengenal pasti penyelesaian pragmatik yang boleh membuat perubahan ketara dan mampan serta memberi jaminan kepada masyarakat dan bukan menimbulkan masalah baru seperti menghakis semangat berdikari," ujarnya.

Bagi golongan pekerja lebih tua, Encik Lee berkata huraian seperti insurans pengangguran akan menawarkan mereka kelegaan sementara yang terbaik jika mereka kehilangan pekerjaan.

Pilihan yang lebih baik, tambah Encik Lee, adalah untuk melatih semula serta meningkatkan kemahiran para pekerja agar mereka terus berharga kepada para majikan dan kurang berkemungkinan dipecat.

Encik Lee juga berkata pada prinsipnya, program jaringan keselamatan sosial perlu dibiayai daripada pendapatan masa kini.

Menurut beliau, pandemik COVID-19 adalah satu contoh ketidaktentuan yang mengakibatkan defisit belanjawan lebih S$70 bilion.

Encik Lee berkata sikap berhemat cermat setelah beberapa generasi, Singapura kini mengumpulkan "rizab yang banyak".

"Apa sekalipun rizab yang kita ada, besar atau kecil, usahlah fikir untuk menyentuhnya dalam keadaan biasa... Setiap tahun, kita hidup mengikut kemampuan dan apabila kita mampu melakukannya, kita menambah sedikit kepada tabung hari hujan untuk membuat kita lebih selamat jika ia benar-benar hujan," tambah Encik Lee.

"Itulah cara untuk membangunkan Singapura buat jangka masa panjang dan menjamin masa depan bagi anak serta cucu kita." 

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan