Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu berani, keluar dari kepompong selesa, gesa Menteri MOM

Singapura perlu lebih berani, berfikir di luar kotak dan bergerak dengan lebih pantas dalam persekitaran yang pesat berubah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Aug 2021 06:04PM Dikemas Kini : 21 Aug 2021 11:08PM

SINGAPURA: Singapura perlu lebih berani, berfikir di luar kotak dan bergerak dengan lebih pantas dalam persekitaran yang pesat berubah.

Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, berkata ia bertujuan melindungi kehidupan dan sara hidup, sedang usaha menangani COVID-19 belum lagi berakhir.

Berucap di peraduan melibatkan para mahasiswa perubatan Universiti Nasional Singapura (NUS) siang tadi (21 Ogos), Dr Tan berkongsi bagaimana Singapura telahpun cepat berinovasi dan melindungi kesihatan para pekerja hijrahan.

Usaha sedemikian termasuk menawarkan khidmat perubatan dalam talian kepada semua pekerja hijrahan, 24 jam sehari, menerusi aplikasi telefon bimbit.

Khidmat rawatan perubatan juga ditawarkan melampaui jangkitan COVID-19.

Menurut Dr Tan, bulan lalu, pihaknya mengambil langkah berani dengan menjemput pihak perniagaan, NGO dan konsortium untuk mengemukakan saranan bagi menawarkan khidmat rawatan perubatan yang memenuhi keperluan para pekerja hijrahan.

Dalam model baru itu, tambah beliau, para pekerja hijrahan akan disertakan dalam pusat-pusat perubatan bagi mewujudkan hubungan lebih kukuh antara doktor dengan pesakit serta lebih memahami isu-isu kesihatan dan keperluan jangka panjang mereka.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan