Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlu bayar GST bagi beg mewah terpakai, selebriti Taiwan kongsi 'pengalaman tidak menyenangkan' di lapangan terbang SG

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu bayar GST bagi beg mewah terpakai, selebriti Taiwan kongsi 'pengalaman tidak menyenangkan' di lapangan terbang SG

(Gambar: Tangkapan skrin video menerusi 8world)

Diterbitkan : 25 Oct 2022 09:18PM Dikemas Kini : 25 Oct 2022 11:59PM
SINGAPURA: Kastam Singapura pada Selasa (25 Okt) menyatakan bahawa ia menilai "perincian setiap kes", sebagai respons kepada dakwaan seorang selebriti Taiwan bahawa beliau ditahan di Lapangan Terbang Changi dan diminta untuk membayar cukai bagi beg mewah terpakainya.

Jurusolek Xiao Kai, yang nama sebenarnya ialah Chang Ching-kai, memuat naik video secara langsung di platform Instagram pada minggu lalu untuk berkongsi pengalaman yang dilaluinya ketika berhadapan dengan para pegawai Kastam Singapura apabila tiba di Lapangan Terbang Changi.

Dalam video dirakamkan dalam bahasa Mandarin itu, yang sudahpun dipadamkan, Xiao Kai mendakwa para pegawai tersebut memberitahunya bahawa beliau perlu membayar cukai untuk beg jenama Celine yang dimilikinya.

Xiao Kai berkata beliau dibawa ke sebuah "bilik kecil" dan diminta untuk menunjukkan resit bagi produk mewah itu. Namun, beliau tidak dapat berbuat demikian memandangkan beg tersebut dibelinya di Taipei pada September lalu.

Xiao Kai juga mendakwa para pegawai itu membuat sindiran dan seolah-olah tidak percaya bahawa beliau ialah seorang jurusolek.

Beliau menambah para pegawai berkenaan memaklumkan kepadanya bahawa beg tersebut dianggap baru, memandangkan ia dibeli dalam tempoh tiga bulan lalu.

Xiao Kai akhirnya membayar cukai sebanyak 7 peratus daripada harga jualan beg tersebut iaitu sekitar NT$50,000 (S$2,205).

Pada Selasa (25 Ogos), Kastam Singapura memberitahu Mediacorp pihaknya sedia maklum mengenai catatan Instagram Xiao Kai berhubung "pengalaman yang tidak menyenangkan dengan pihak penguasa di lapangan terbang angkara pembayaran Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi sebuah beg yang dibawanya ke Singapura".

Dalam respons kepada pertanyaan yang dikemukakan, seorang jurucakap Kastam Singapura menjelaskan bahawa di bawah undang-undang Singapura, para pelawat yang tiba, baik warga asing mahupun penduduk yang pulang ke tanah air, dikehendaki mengisytiharkan dan membayar GST untuk membawa masuk barangan baru yang melebihi pelepasan GST.

Ini dikenakan ke atas barangan-barangan yang sama ada dibeli di luar negara atau yang mana cukai asing sudahpun dibayar, jelasnya.

Jurucakap itu menambah amalan tersebut sejajar dengan negara-negara lain, yang juga mengenakan GST ke atas barangan seperti cenderahati serta hadiah yang dibeli di luar negara dan bertujuan untuk kegunaan peribadi para pelawat.

Bagi barangan peribadi terpakai seperti pakaian, kasut serta beg, para pelawat tidak dikehendaki untuk mengisytiharkan dan membayar GST, kata jurucakap itu.

Ini kerana barangan seumpama itu dianggap sebagai barangan terpakai dan barangan peribadi yang mana pengecualian GST diberikan di bawah undang-undang.

Kastam Singapura menyatakan pihaknya sudahpun menghubungi Xiao Kai bagi memahami keadaan kesnya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan