Perlu ada peraturan antarabangsa yang konsisten bagi aset digital, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Lee Hsien Loong
NUSA DUA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong menggesa para pemimpin dunia supaya menghasilkan peraturan antarabangsa yang konsisten bagi aset digital.
PM Lee menjelaskan sedang inovasi digital semakin terhubung kepada pasaran-pasaran kewangan, ia boleh menimbulkan risiko kepada kestabilan kewangan.
Beliau menyarankan kumpulan G20 bekerjasama dengan badan-badan relevan untuk melakarkan peraturan antarabangsa demi menangani risiko tersebut.
PM Lee juga menyarankan agar platform bagi peraturan dan rangka kerja rentas sempadan dipertingkatkan demi memudahkan perniagaan.
Beliau merujuk kepada Perjanjian Ekonomi Digital dengan Australia dan United Kingdom sebagai contoh.
Singapura, kata beliau, berharap untuk memperluaskan rangkaian perjanjian tersebut.
Selain itu, PM Lee berkata inovasi digital boleh dimanfaatkan untuk memacu perdagangan, mempertingkatkan penglibatan kewangan dan memperbaiki cara menyediakan khidmat.

Sumber : CNA/AI/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.