Skip to main content

Singapura

Perlu ada kerjasama tentera antarabangsa, saintis pertahanan untuk tangani ancaman pertahanan

Anggaran Waktu Membaca:
Perlu ada kerjasama tentera antarabangsa,  saintis pertahanan untuk tangani ancaman pertahanan

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How.

Diterbitkan : 11 Oct 2022 06:04PM
SINGAPURA: Singapura menyeru agar lebih banyak kerjasama antarabangsa antara pasukan tentera dan saintis pertahanan diwujudkan.

Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How berkata gagasan itu dapat mengukuhkan lagi daya tahan rantau ini dalam menangani ancaman kimia, biologi dan radiologi atau lebih dikenali sebagai CBR.

Beliau berkata demikian di sidang CBR Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN Plus (ADMM-Plus) pada Selasa (11 Okt).

Para pakar CBR daripada negara-negara ADMM-Plus berkumpul di sidang tersebut dalam usaha untuk menangani ancaman-ancaman berhubung pertahanan.

Para wakil di sidang itu bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman mengenai topik seperti pengesanan dan tindak balas terhadap ancaman CBR.

Mereka juga membincangkan penggunaan teknologi baru untuk mengatasi cabaran-cabaran ini.

Encik Heng menarik perhatian, ancaman-ancaman sedemikian tidak dapat ditangani oleh satu negara sahaja.

Ini memandangkan sifatnya yang merentas sempadan dan negara.

"Saya harap kami dapat memanfaatkan asas kerjasama ASEAN yang kukuh untuk mengukuhkan lagi daya tahan seluruh rantau ini terhadap ancaman CBR dan juga menunjukkan contoh baik tentang manfaat kerjasama pelbagai hala terhadap cabaran pertahanan bersama," kata Encik Heng.
Sumber : CNA/IA/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita