Skip to main content

Singapura

Perlindungan MediShield Hayat diperluas kepada ibu hamil yang mengalami komplikasi serius

Mulai 1 Apr, perlindungan di bawah skim insurans kesihatan nasional, Medishield Hayat, akan diperluas. Mereka yang sedang dirawat bagi kerumitan serius semasa hamil atau bersalin kini juga boleh memanfaatkan Medishield Hayat. 

Anggaran Waktu Membaca:
Perlindungan MediShield Hayat diperluas kepada ibu hamil yang mengalami komplikasi serius

Seorang wanita hamil. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 06 Mar 2019 10:45PM Dikemas Kini : 06 Mar 2019 10:48PM

SINGAPURA: Mulai 1 Apr, perlindungan di bawah skim insurans kesihatan nasional, Medishield Hayat, akan diperluas. Mereka yang sedang dirawat bagi kerumitan serius semasa hamil atau bersalin kini juga boleh memanfaatkan Medishield Hayat.

Sehingga 4,000 pesakit dijangka meraih manfaat daripada langkah itu, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Edwin Tong semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan kementeriannya hari ini (6 Mac).

"Ini akan memberi lebih keyakinan kepada para bakal ibu bapa yang mungkin perlu membayar bil hospital yang tinggi akibat komplikasi-komplikasi yang dihadapi," tambahnya.

Sebagai respons terhadap kebimbangan yang disuarakan mengenai kos jagaan kesihatan di kalangan pasangan-pasangan di sini, Kementerian Kesihatan pada tahun lalu menyatakan bahawa ia akan menjalankan satu semakan.

Menyusuli rundingan bersama klinisian-klinisian kanan, perlindungan MediShield Hayat yang tertumpu pada bil-bil hospital yang tinggi dan beberapa rawatan pesakit luar yang mahal, akan diperluaskan meliputi 24 komplikasi.

PERLINDUNGAN DIPERLUASKAN BAGI PESAKIT PEMINDAHAN SUMSUM TULANG

Perlindungan Medishield Hayat akan diperluaskan kepada para pesakit yang terus menjalani rawatan-rawatan bagi pemindahan sumsum tulang, termasuk pemantauan selepas pemindahan dijalankan, bagi rawatan-rawatan pesakit luar di hospital-hospital yang diluluskan.

Perubahan ini bertujuan membantu para pesakit untuk terus menjalani rawatan. Had tuntutan bagi setiap rawatan adalah hingga S$6,000 kata Encik Tong.

Lebih 20 pesakit dijangka meraih manfaat daripada perubahan ini, kata Encik Tong.  

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita