Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlindungan lebih baik bagi kanak-kanak didera, diabaikan

Kanak-Kanak yang mungkin diabaikan atau didera oleh para penjaga mereka akan menerima perlindungan lebih baik, setelah Pindaan kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA) diluluskan di Parlimen pada Rabu (4 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Sep 2019 04:49PM Dikemas Kini : 04 Sep 2019 11:26PM

SINGAPURA: Kanak-Kanak yang mungkin diabaikan atau didera oleh para penjaga mereka akan menerima perlindungan lebih baik, setelah Pindaan kepada Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan Orang Muda (CYPA) diluluskan di Parlimen pada Rabu (4 Sep).

Akta tersebut juga bertujuan menyediakan lebih sokongan kepada para pesalah belia untuk menyesuaikan semula diri ke dalam masyarakat.

Untuk melindungi kanak-kanak yang didera atau diabaikan dengan lebih baik, had usia yang dianggap sebagai orang muda dinaikkan daripada 16 tahun ke 18 tahun. Ini membolehkan pihak berkuasa untuk campur tangan dalam kes-kes penderaan melibatkan kanak-kanak lebih dewasa.

Maksud "kecederaan emosi" juga diperhalusi, supaya bagi menjelaskan lagi bila pihak-pihak berkepentingan seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), agensi-agensi khidmat sosial dan mahkamah boleh dan patut campur tangan dan bila mereka tidak sepatutnya melakukan demikian.

KUASA DIPERTINGKATKAN BAGI PENJAGA KANAK-KANAK BERISIKO

Satu lagi perubahan kepada CYPA adalah Perintah Penjagaan dan Perlindungan Dipertingkat (ECPO) yang baru.

ECPO membenarkan MSF dan para penjaga kepada kanak-kanak yang diletakkan dalam penjagaan luar rumah, membuat keputusan seharian dan keputusan lebih besar seperti perjalanan ke luar negara - sama seperti apa yang dilakukan oleh para ibu bapa dalam situasi keluarga biasa, kata Encik Lee.

Beliau bagaimanapun menarik perhatian bahawa keputusan sensitif di luar bidang ini hanya boleh dibuat dengan keizinan ibu bapa atau kebenaran mahkamah. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan