Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlindungan insurans lebih luas, pampasan lebih tinggi disaran bagi lindungi pekerja

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membentangkan di Parlimen pada Isnin (5 Ogos) beberapa perubahan utama kepada Akta Pampasan bagi Kecederaan di Tempat Kerja (WICA).

Anggaran Waktu Membaca:
Perlindungan insurans lebih luas, pampasan lebih tinggi disaran bagi lindungi pekerja

(Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 05 Aug 2019 11:51PM Dikemas Kini : 05 Aug 2019 11:54PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) membentangkan di Parlimen pada Isnin (5 Ogos) beberapa perubahan utama kepada Akta Pampasan bagi Kecederaan di Tempat Kerja (WICA). Ini termasuk memastikan lebih ramai pekerja mendapat perlindungan insurans wajib dan membolehkan mereka yang cedera semasa bekerja mendapat pampasan lebih tinggi dan lebih cepat.

Perubahan-perubahan yang disarankan kepada WICA, yang memerlukan para majikan untuk membayar pampasan kepada pekerja yang cedera di tempat kerja, adalah sebahagian daripada semakan yang dilakukan MOM untuk memastikan Akta itu "kekal adil dan cekap dilaksanakan bagi kedua-dua pihak pekerja dan majikan," menurut MOM dalam satu kenyataan media.

Bagi memastikan pekerja yang cedera mendapat perlindungan lebih baik, Insurans Pampasan Kecederaan Semasa Kerja (WIC) yang wajib disaran dilanjutkan kepada pekerja kolar putih, tidak kira di mana mereka bekerja dan dengan aras gaji maksimum sebanyak S$2,600.

Aras gaji itu bagi "memadankan gaji maksimum baru di bawah Bahagian IV di bawah Akta Pekerja", dan akan dilaksanakan secara bertahap-tahap untuk memberikan perniagaan masa untuk membuat penyesuaian, menurut MOM.

Skop penerima pampasan juga akan diperluaskan untuk meliputi pekerja yang melakukan tugas-tugas ringan, manakala Rang itu juga menyarankan kenaikan minimum sebanyak 10 peratus dalam had pampasan.

MOM juga mahu memastikan penilaian wajar berkenaan kecederaan di tempat kerja.

Para majikan juga bakal meraih manfaat, dengan perubahan yang disarankan bertujuan melindungi mereka daripada perlindungan insurans yang tidak mencukupi dan tuntutan palsu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan