Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlindungan Insurans Bersepadu akibat komplikasi vaksin COVID-19 dilanjut hingga hujung 2022

Tujuh syarikat insurans yang menawarkan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) sudahpun melanjutkan perlindungannya bagi kemasukan hospital dek komplikasi vaksin COVID-19 sehingga 31 Disember 2022, menurut Persatuan Insurans Hayat, Singapura (LIA Singapore).

Anggaran Waktu Membaca:
Perlindungan Insurans Bersepadu akibat komplikasi vaksin COVID-19 dilanjut hingga hujung 2022

Seorang pekerja jagaan kesihatan menyediakan dos vaksin COVID-19 di sebuah pusat vaksinasi di Singapura pada 21 Apr 2021. (Gambar: Marcus Mark Ramos)

SINGAPURA: Tujuh syarikat insurans yang menawarkan Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu (IP) sudahpun melanjutkan perlindungannya bagi kemasukan hospital dek komplikasi vaksin COVID-19 sehingga 31 Disember 2022, menurut Persatuan Insurans Hayat, Singapura (LIA Singapore).

Perlindungan khas itu pertama kali diumumkan pada Januari tahun lalu dan sudahpun berakhir pada 31 Disember 2021.

Perlindungan yang diperluaskan itu akan terus tertakluk kepada semua pemegang insurans IP yang menerima vaksin COVID-19 di bawah program vaksinasi nasional serta yang diluluskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di bawah senarai kegunaan darurat dan diberikan di Singapura melalui laluan akses khas.

"Inisiatif ini mencerminkan sokongan berterusan industri insurans hayat kepada program vaksinasi dan dos penggalak Pemerintah yang sedang berlangsung," menurut LIA Singapore dalam kenyataan media pada Isnin (17 Jan).

Setakat Sabtu, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudahpun lengkap menjalani rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Sekitar 51 peratus daripada jumlah penduduk sudahpun mendapatkan suntikan dos penggalak mereka.

“Pemegang dasar IP yang mengambil suntikan vaksinasi dan dos penggalak mereka boleh diberi jaminan bahawa sebarang komplikasi perubatan berkaitan yang membawa kepada kemasukan ke hospital akan dilindungi oleh syarikat insurans masing-masing," kata Encik Khor Hock Seng, Presiden LIA Singapore.

Pelan Perlindungan Insurans Bersepadu terdiri daripada dua komponen - MediShield Hayat yang dikendalikan oleh Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan sebuah komponen perlindungan insurans swasta yang diusahakan oleh syarikat insurans. Komponen kedua itu menawarkan perlindungan kepada kemasukan ke hospital di wad-wad jenis A- dan B1- di hospital awam serta hospital privet.

Tujuh syarikat insurans IP itu adalah AIA, AXA, Great Eastern Life, NTUC Income, Prudential Singapore, Raffles Health Insurance dan Singlife bersama Aviva.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan