Perlindungan global harus diterapkan dalam penggunaan teknologi baharu: DPM Heng
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat menyeru agar norma-norma serta perlindungan global diterapkan bagi penggunaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI).
Meskipun terdapat manfaat yang diraih daripada kejayaan pendigitalan, robotik dan teknologi perubatan, beliau berkata bahawa negara-negara perlu berwaspada tentang isu etika yang sering timbul.
Bercakap di Forum Antarabangsa Masa Depan China pada Jumaat (27 Okt), DPM Heng turut menekankan betapa pentingnya untuk kekal terbuka dan dapat menyesuaikan diri di tengah-tengah ketidaktentuan global.
"Jadi bagi kedua-dua para pentadbir dan sektor niaga, kita perlu penyesuaian dan inovasi bagi memenuhi keadaan ekonomi dan politik yang kian berubah,' kata DPM Heng.
"Sebagai ekonomi kecil dan terbuka yang terdedah sepenuhnya kepada persaingan, Singapura memulakan transformasi industri tujuh tahun lalu, dengan pencapaian sederhana, sedang pemimpin-pemimpin perniagaan memahami keperluan untuk berubah," tambahnya.
Dengan trend perkongsian berbilang hala serta dua hala dalam ASEAN, DPM Heng juga menekankan bahawa peningkatan integrasi ekonomi mampu memupuk pertumbuhan dan kestabilan.
Negara-negara juga harus menangani ancaman global seperti perubahan iklim secara bersama.

Sumber : CNA/IA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.