Perlindungan data peribadi pengguna perlu dipertingkat, kata Josephine Teo
Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo. (Gambar: Marcus Mark Ramos)
SINGAPURA: Merapatkan jurang dalam ekonomi digital dan memanfaatkan ciri-ciri Internet generasi seterusnya seperti Blockchain.
Topik-topik itu menjadi keutamaan Forum Ekonomi Digital yang diadakan buat julung-julung kalinya.
Forum tersebut menghimpunkan pemimpin sektor awam dan swasta bagi menyokong wawasan Negara Bijak dan ekonomi digital Singapura.
Berucap di acara itu, Menteri Perhubungan dan Penerangan Josephine Teo berkata walaupun terdapat manfaat yang boleh diraih daripada penggunaan teknologi, data peribadi pengguna perlu dilindungi.
Tambahnya lagi, daya saing ekonomi negara dan statusnya sebagai sebuah hab data yang boleh dipercayai juga perlu diperkukuhkan.
Acara itu, yang dianjurkan oleh Business China, meneroka bagaimana institusi kewangan dan perniagaan-perniagaan boleh meraih manfaat daripada fungsi yang dikenali sebagai Web 3.0.
Ini termasuk kaedah pembayaran yang lebih selamat dan menghapuskan kawalan luaran bagi mempercepatkan proses urus niaga.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.