Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perlembangan dipinda untuk lindungi takrifan institusi perkahwinan, kata Shanmugam

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Rancangan sedang diusahakan untuk meminda Perlembagaan dengan Parlimen menetapkan takrifan perkahwinan sebagai antara seorang lelaki dengan seorang wanita.

Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam berkata langkah itu akan mencegah takrifan perkahwinan daripada dicabar di mahkamah melibatkan pelbagai undang-undang dan dasar yang berkaitan dengannya.

Menjelaskan dengan lebih terperinci, Encik Shanmugam menjelaskan rancangan Pemerintah untuk memaktubkan secara jelas dalam Perlembagaan bahawa Parlimen boleh mentakrifkan institusi perkahwinan, sebagaimana ia ditakrifkan dalam Piagam Wanita, dan ia boleh menggubal dasar-dasar prokeluarga yang lain berdasarkan takrifan itu, iaitu perkahwinan adalah antara seorang lelaki dengan seorang wanita.

Beliau menjelaskan bahawa undang-undang dan dasar-dasar yang bergantung kepada takrifan perkahwinan tidak boleh dicabar di Mahkamah di bawah Artikel 12 merujuk kepada Perlembagaan. Ini bermakna bahawa mengikut takrifan perkahwinan dalam Piagam Wanita, akan sukar untuk mencabar takrifan itu atas dasar bahawa ia tidak berperlembagaan.

Menurutnya, ia akan ditangani di Parlimen.

"Maka itu, jika sesebuah parti (politik), sekumpulan orang, mahu membenarkan perkahwinan sejenis, mereka perlu menyatakannya dalam manifesto mereka, bertanding dalam pilihan raya, menang pilihan raya, mendapatkan undi majoriti dan kemudian menukar takrifan perkahwinan," jelas Encik Shanmugam.

Untuk memahami lebih lanjut takrifan perkahwinan di Singapura, terdapat keperluan untuk mendapat penjelasan berhubung Piagam Wanita dan Akta Terjemahan.

Piagam Wanita yang diluluskan pada 1961, mentakrifkan institusi keluarga dengan menggubal undang-undang monogami bagi perkahwinan sivil.

Salah satu matlamatnya adalah untuk "memperuntuk perkahwinan monogami".

Akta Terjemahan pula, yang digubal pada 1965, mentakrifkan perkahwinan monogami sebagai "penyatuan sukarela antara seorang lelaki dengan seorang wanita, dengan tidak dibolehkan (perkahwinan) yang lain semasa tempoh perkahwinan itu".

Menurut Piagam Wanita pula, "Perkahwinan yang dilangsungkan di Singapura atau di tempat lain antara dua orang, yang pada tarikh perkahwinan itu, masing-masing bukan seorang lelaki dan seorang wanita, adalah tidak sah."
 
Sumber : CNA/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan