Perlawanan khas di Stadium Jalan Besar bagi peringati jasa, sumbangan mendiang G Kannan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Pejabat Peguam Negara (AGC)
SINGAPURA: Satu perlawanan bola sepak diadakan di Stadium Jalan Besar pada Selasa (19 Jul) bagi memperingati mendiang Gnanasihamani Kannan.
Mendiang yang berusia 52 tahun meninggal dunia akibat kemalangan yang menimpa semasa bercuti di luar negara pada 14 Jun.
Mendiang meninggalkan seorang balu dan dua orang anak lelaki.

Perlawanan pada Selasa (19 Jul) dianjurkan bersama oleh Pejabat Peguam Negara (AGC) dan divisyen jenayah AGC di mana mendiang berkhidmat sebagai seorang pengarah kanan dan juga peguam kanan.
Perlawanan tersebut menampilkan dua pasukan yang terdiri daripada para pegawai dari AGC, badan kehakiman, anggota divisyen jenayah AGC dan para pegawai dari Kementerian Tenaga Manusia (MOM) di mana mendiang pernah berkhidmat lebih awal dalam kerjayanya.
Timbalan Peguam Negara, Hri Kumar Nair berkata jumlah hadirin yang turun padang menunjukkan bahawa mendiang meninggalkan kesan yang positif, baik secara peribadi mahupun profesional.
"Encik Kannan adalah seorang peminat tegar bola sepak dan perlawanan malam ini sangat sesuai untuk memperingati rakan sekerja dan kawan baik kami," kata beliau.
Derma sebanyak S$16,000 disalurkan kepada SportsCares atas nama mendiang.
Derma itu adalah hasil sumbangan daripada para peserta perlawanan tersebut, rakan sekerja mendiang, para anggota dari divisyen jenayah AGC, keluarga dan rakan-rakan mendiang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) dan peguam jenayah veteran, Encik Lim Kia Tong turut memainkan peranan penting dalam menganjurkan perlawanan tersebut, umum AGC.
Menurut Encik Lim, beliau sudah lama mengenali Encik Kannan sebagai seorang peguam bela dan pegawai bagi badan induk bola sepak itu.
FAS amat berbesar hati dapat menyokong dan membantu mengendalikan perlawanan yang dianjurkan oleh AGC dan divisyen jenayah AGC untuk mengenang jasa Encik Gnanasihamani Kannan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.