Perlanggaran kereta api Joo Koon: Pesakit terakhir dibenarkan pulang dari NUH
Penumpang terakhir yang dimasukkan ke hospital selepas insiden perlanggaran di stesen MRT Joo Koon sudah dibenarkan pulang dari Hospital Universiti Nasional (NUH) hari ini (24 Nov), menurut SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan bersama.

(Gambar: Toh Ting Wei/ AFP).
SINGAPURA: Penumpang terakhir yang dimasukkan ke hospital selepas insiden perlanggaran di stesen MRT Joo Koon sudah dibenarkan pulang dari Hospital Universiti Nasional (NUH) hari ini (24 Nov), menurut SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan bersama.
SMRT menambah bahawa ia akan "terus berhubungan dengan penumpang yang tercedera".
Ia juga menyatakan bahawa penumpang lain yang terjejas boleh mendekati sebarang pegawai stesen MRT atau menghubungi hotline SMRT untuk meminta bantuan.
38 orang cedera dalam kejadian di mana ada masalah sofwe berlaku pada sistem isyarat di Laluan Timur-Barat (EWL) sehingga dua kereta api berlanggar di stesen MRT Joo Koon.
SMRT dan LTA menyatakan bahawa "tiada kesilapan manusia" yang mengakibatkan perlanggaran tersebut, melainkan "ciri perlindungan yang dimatikan tanpa dijangkakan" pada kereta api yang dilanggar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.