Singapura iklan
Perkukuh ikatan keluarga dengan sokongan bersepadu & Ihsan Ramadan PPIS
Anggaran Waktu Membaca:
Pengagihan daging korban oleh PPIS. (Gambar: PPIS)
SINGAPURA: Ramai orang hanya mencari bantuan apabila keadaan sudah terasa “terlalu berat”.
Hakikatnya, banyak cabaran - dalam perkahwinan, keluarga dan kesejahteraan emosi - sebenarnya boleh menjadi lebih ringan dengan lebih awal jika kita mempunyai tempat yang selamat untuk bertanya, belajar dan mendapatkan panduan.
Di PPIS, sokongan ini dibina melalui rangkaian pusat yang mendampingi wanita dan keluarga mengikut fasa kehidupan. Dengan pelbagai perkhidmatan masyarakat yang menyentuh keperluan berbeza, PPIS berusaha memastikan bantuan bukan sekadar wujud, tetapi boleh diakses - agar kaum wanita dan keluarga tidak perlu mengharungi cabaran kehidupan seorang diri.
Pusat-pusat itu memperlihatkan bagaimana sokongan yang padu, tepat pada masanya, boleh mengubah perjalanan hidup: bermula dari sebelum melangkah ke jenjang perkahwinan hingga melalui dinamika keluarga tiri, hingga usaha memudahkan akses bantuan supaya keluarga tidak perlu berdepan kesukaran untuk mendapatkan sokongan dari satu tempat ke satu tempat. Dua daripada pusat PPIS itu ialah INSPIRASI dan Vista Sakinah.
INSPIRASI: PERKUKUH PERKAHWINAN DI PERINGKAT AWAL
Ramai beranggapan cabaran rumah tangga hanya bermula selepas akad nikah. Namun di INSPIRASI, pengalaman menunjukkan konflik sering muncul lebih awal - bukan disebabkan pertikaian dramatik, tetapi disebabkan harapan atau keinginan yang tidak disuarakan.
“Kewangan antara isu yang paling besar - dan khususnya, apa yang menyumbang kepadanya: rasa selamat, tanggungjawab, dan adakalanya kepercayaan. Peranan dalam perkahwinan juga penting, lebih-lebih lagi jangkaan yang dipengaruhi oleh cara setiap pasangan dibesarkan. Selain itu, batasan mula timbul dari peringkat awal lagi, baik dari segi pelibatan keluarga besar mahupun serta persetujuan tentang interaksi sosial secara online atau sebaliknya,” kata Encik Naseef Khamis, Pemangku Ketua Penyelaras INSPIRASI.
Di INSPIRASI, pasangan dibimbing untuk menyelaraskan jangkaan dan membina kemahiran berkomunikasi. Mereka bukan sekadar “diberi jawapan” kepada permasalahan yang dihadapi atau mungkin akan dihadapi pada masa akan datang, tetapi diperkasa supaya mampu berbincang mengenai perkara sukar dengan lebih jelas, selamat dan saling menghormati.
"Fokus kami adalah untuk membantu pasangan belajar cara berbincang tentang isu yang sukar dengan baik, bukannya memberitahu mereka apa keputusan yang perlu dibuat. Kami membimbing pasangan untuk menyuarakan jangkaan masing-masing lebih awal, mendengar dengan rasa ingin memahami, serta meluahkan kebimbangan secara jelas dan lembut,” kata Encik Naseef.
Dalam suasana hidup hari ini - dengan keadaan kewangan yang tidak menentu, struktur keluarga yang semakin pelbagai, dan tekanan sosial - sokongan di peringkat awal boleh menjadi benteng pencegahan.

VISTA SAKINAH: 15 TAHUN BERSAMA KELUARGA TIRI
Bagi pasangan yang membina semula rumah tangga selepas perceraian, “lembaran baharu” sering hadir dengan cabaran yang tidak selalu jelas kelihatan oleh mata kasar. Anak-anak mungkin memendam emosi; orang dewasa pula bergelut dengan batas peranan dan kepercayaan dalam struktur keluarga baharu.
Menurut Ketua Pusat Vista Sakinah, Kamariah Yusoff, banyak cabaran keluarga tiri bersifat emosi dan mudah terlepas pandang.
“Kanak-kanak sering rasa tersepit dan serba salah; mereka rasa seolah-olah menerima ibu atau bapa tiri bermaksud mereka mengkhianati ibu bapa kandung sendiri. Kesedihan yang belum selesai akibat perceraian atau kematian juga boleh terpendam, lalu muncul dalam bentuk perasaan marah, degil, atau suka menyendiri
“Satu lagi cabaran yang tersembunyi ialah rasa "tidak memiliki." Berbeza dengan keluarga kandung, keluarga tiri tidak mempunyai sejarah hidup bersama sejak awal, jadi hubungan perlu dibina dengan sabar dan sengaja. Anggota keluarga mungkin tertanya-tanya dalam diam sama ada mereka benar-benar sebahagian daripada keluarga itu atau bagaimana peranan mereka dalam rumah tangga tersebut,” katanya.
Vista Sakinah, yang sudah menyokong selama 15 tahun pasangan yang berkahwin semula, menekankan bahawa kestabilan bukan sesuatu yang boleh wujud dalam sekelip mata.
“Ramai orang menyangka berkahwin lagi adalah cara cepat untuk "memulakan hidup baharu", tetapi keluarga tiri bukan ibarat kertas putih. Mereka membawa bersama kenangan lama, rasa kehilangan, dan parut lama yang masih belum sembuh,’ jelas Cik Kamariah.
“Kajian menunjukkan kestabilan dalam keluarga tiri mengambil masa bertahun-tahun, dan cabaran akan muncul sedikit demi sedikit mengikut peringkat. Oleh itu, sokongan untuk mereka tidak boleh diberikan sekali sahaja,” tambah beliau.
Jika ada satu salah faham yang beliau mahu perbetulkan, ia adalah tanggapan bahawa keluarga tiri sepatutnya berfungsi seperti keluarga lain sebaik sahaja disatukan.
“Hakikatnya, keluarga tiri memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh, masa, dan kesabaran untuk menguruskan emosi yang rumit, menetapkan peranan masing-masing, serta membina rasa sayang dan kekitaan,” kata Cik Kamariah lagi.

IHSAN RAMADAN PPIS 2026 (PIR26)
Walaupun pendekatannya berbeza, matlamat kedua-dua pusat PPIS ini sama: apabila kaum wanita disokong, mereka lebih mampu memperkasakan keluarga; dan apabila keluarga lebih stabil, masyarakat juga lebih kukuh.
Namun sokongan seperti ini memerlukan sokongan sumber yang berterusan.
Menurut CEO PPIS, Aidaroyani Adam, sumbangan Ramadan menjadi antara pemacu penting untuk memastikan sokongan PPIS dapat diteruskan sepanjang tahun.
Tahun ini, dua inisiatif baharu diperkenalkan - Ramadan30: Ihsan 30 Hari dan Power10: 10 Hari Terakhir Ramadan.
Ramadan30: Ihsan30 Hari
Menggalakkan tabiat menderma secara tetap. Penderma boleh menetapkan sumbangan harian secara automatik sepanjang bulan Ramadan dengan memilih jumlah tetap yang akan ditolak setiap hari.
Power10: 10 Hari Terakhir Ramadan
Fokusnya kepada tempoh yang paling bermakna dalam bulan Ramadan. Sama seperti Ramadan30, penderma boleh menetapkan sumbangan secara automatik bagi 10 malam terakhir Ramadan, bagi memastikan mereka tidak terlepas peluang bersedekah pada waktu yang mulia ini.
“Sumbangan dalam tempoh ini membantu pelaksanaan program di semua pusat kami, sekali gus memastikan bantuan kekal mudah diakses dan sentiasa ada walaupun selepas musim perayaan berakhir… ia mengukuhkan keupayaan kami untuk menyampaikan penjagaan bermutu tinggi,” kata Cik Aidaroyani.
Beliau menambah, pendekatan sumbangan berulang seperti Ramadan30 dan Power10 juga membantu dari segi perancangan dan kesinambungan. Beliau menyifatkannya sebagai “sesuatu yang sangat bernilai bagi sesebuah pertubuhan perkhidmatan.
“Sumbangan automatik membantu mengekalkan mutu program, membolehkan sumber diseleraskan dengan lebih tepat, dan memastikan bantuan jangka panjang dapat diteruskan seperti yang dirancang,” tambah Cik Aidaroyani.
Untuk sama-sama memperkasa wanita, keluarga dan masyarakat, dermalah dengan seikhlas hati, gandakan pahala Ramadan anda menerusi https://ppis.sg/pir/.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.