Skip to main content

Singapura

Perkukuh hubungan ekonomi SG-India antara agenda lawatan PM Wong ke New Delhi

Memperkukuhkan hubungan ekonomi dan membuka peluang merupakan agenda utama bagi Singapura dan India, sedang Perdana Menteri Lawrence Wong memulakan lawatan rasmi sulungnya ke India selaku ketua pemerintah Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 Sep 2025 11:02PM Dikemas Kini : 04 Sep 2025 03:41PM
NEW DELHI: Memperkukuhkan hubungan ekonomi dan membuka peluang merupakan agenda utama bagi Singapura dan India, sedang Perdana Menteri Lawrence Wong memulakan lawatan rasmi sulungnya ke India selaku ketua pemerintah Singapura.

Lawatan PM Wong itu atas undangan rakan sejawatannya dari India, iaitu Perdana Menteri Narendra Modi.

Ketibaan PM Wong di New Delhi pada Selasa malam (2 Sep) disambut oleh Menteri Negara Kewangan India Shri Pankaj Chaudhary.

Dalam catatannya di media sosial, PM Wong berkata lawatan itu sangat bermakna sedang Singapura dan India menandakan 60 tahun hubungan diplomatik.

PM Wong menambah beliau mengalu-alukan untuk mengadakan lebih banyak perbincangan sepanjang dua hari seterusnya di Delhi.

Beliau kemudian bertemu dengan Menteri Kewangan India Nirmala Sitharaman.

Kedua-dua pemimpin itu membincangkan hasil daripada Meja Bundar Menteri India-Singapura yang berlangsung baru-baru ini.

Mereka juga menyatakan minat untuk berganding bahu dalam aliran data rentas sempadan dan pasaran modal.
Sumber : CNA/FZ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita