Perkhidmatan NETS kembali pulih setelah "isu kertersambungan' cetus gangguan pada waktu sibuk makan tengah hari
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isu ketersambungan berkaitan dengan perkhidmatan NETS tidak beroperasi buat seketika pada Jumaat (3 Nov), dengan beberapa pengguna melaporkan masalah di mana pembayaran mereka tidak dinyatakan atau mereka dicaj beberapa kali.
Penyedia perkhidmatan pembayaran itu menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai isu ketersambungan yang terputus-putus yang dialami NETS QR dan eNETS sekitar jam 11.30 pagi itu.
"Kedua-dua perkhidmatan pulih pada jam 12.42 tengah hari. Kami akan menjalankan semakan kejadian itu dalam siasatan lanjut," menurutnya.
NETS memaklumkan isu itu melalui catatan di Facebook sekitar jam 12.20 tengah hari, memberitahu orang ramai bahawa perkhidmatan NETS QR dan eNets kini mengalami "isu ketersambungan yang terputus-putus" dan berusaha memastikan perkhidmatan kembali stabil.
Dalam satu catatan yang berasingan, DBS menyatakan isu yang sama di mana perkhidmatan berkaitan NETS, termasuk Imbas & Bayar QR NETS, tidak boleh digunakan buat masa ini.
BAYAR GUNA WANG TUNAI
Beberapa penjaja di Pusat Penjaja Kim San Leng di Bishan memberitahu Mediacorp pada Jumaat petang bahawa mereka mendapati isu dengan perkhidmatan pembayaran QR sekitar jam 12.30 tengah hari ketika waktu sibuk makan tengah hari. Pelanggan diminta membayar menggunakan wang tunai.
Seorang pengguna Facebook meninggalkan komen di catatan Facebook DBS yang menyatakan bahawa isu yang dialami itu menyebabkannya terlepas mendapatkan diskaun.
Namun, apabila NETS mengumumkan bahawa perkhidmatan kembali online, beberapa pengguna menyatakan bahawa mereka masih mengalami masalah.
Seorang pengguna Facebook Ryan Tan KB menyatakan bahawa beliau tidak boleh membuat pembayaran bil melalaui mesin AXS sekitar jam 2.20 petang, manakala pengguna lain menyoalkan mengenai pembayaran balik urus niaga.
"Urus niaga sepatutnya gagal. Sekarang kita semua harus membayar dua kali dan meminta bayaran balik nanti," kata seorang penguna Facebook Steven Lee.
Menjawab persoalan Facebook mengenai perkhidmatan yang kembali pulih pada jam 2.18 petang, NETS menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan bank untuk "menyokong proses rekonsiliasi."
"Pengguna perlu menghubungi bank mereka untuk butiran lanjut mengenai urus niaga mereka," katanya.
Pengguna yang masih mengalami isu berkaitan NETs boleh menghubungi talian hotline perkhidmatan pelanggan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.