Perkembangan otak, kegelisahan dalam kalangan kanak-kanak terkait masa penggunaan skrin
Satu kajian di Singapura menunjukkan, kanak-kanak yang terdedah kepada masa penggunaan skrin atau "screen time" sebelum usia dua tahun, menunjukkan perubahan dalam perkembangan otak yang terkait dengan proses membuat keputusan pada kadar perlahan dan juga kegelisahan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Satu kajian di Singapura menunjukkan, kanak-kanak yang terdedah kepada masa penggunaan skrin atau "screen time" sebelum usia dua tahun, menunjukkan perubahan dalam perkembangan otak yang terkait dengan proses membuat keputusan pada kadar perlahan dan juga kegelisahan.
Demikian dapatan kajian baharu oleh A*STAR dan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Laporan itu menjejak perkembangan kehidupan kanak-kanak yang sama selama lebih sedekad, dengan mengambil imbasan otak mereka pada masa-masa tertentu.
Dalam kajian tersebut, sesetengah kanak-kanak sebelum usia dua tahun, didapati mempunyai masa skrin sehingga lapan jam sehari.
Secara purata, masa skrin mereka ialah hampir dua jam sehari.
Para penyelidik mengkaji sekitar 170 kanak-kanak sejak mereka dilahirkan pada 2009 dan mengambil imbasan otak sedang mereka membesar.
Bagi mereka yang terdedah kepada penggunaan skrin terlalu awal, kajian mendapati bahawa bahagian-bahagian otak yang memproses penglihatan serta keupayaan berfikir, berkembang lebih pantas daripada yang biasa.
Ini sebelum bahagian otak lain yang mengawal pemikiran kompleks dapat menyaingi kadar perkembangan yang sama.
"Saiz otak bayi tumbuh seganda pada tahun pertama dan tumbuh sehingga 80 peratus daripada saiz (otak) dewasa menjelang usia tiga tahun.
"Jadi tempoh ini sangat pesat. Pertumbuhannya sangat pesat. Dan itulah sebabnya ia sangat sensitif kepada rangsangan luar. Dan mendedahkan mereka kepada masa skrin mungkin akan mengubah perkembangan dan boleh meninggalkan kesan sangat berpanjangan," kata saintis kanan, A*STAR Institut Pembangunan dan Potensi Insan (IHDP), Dr Huang Pei.
Ketika mereka berusia lapan setengah tahun, kanak-kanak yang terjejas mengambil masa kira-kira 25 peratus lebih lama untuk membuat keputusan bagi setiap jam masa skrin tambahan.
Pada usia 13 tahun pula, mereka juga melaporkan gejala-gejala keresahan yang lebih tinggi.
Lantaran itu, para pengkaji menyarankan agar ibu bapa meluangkan lebih banyak masa fizikal dengan bayi, seperti bermain di luar rumah, mendengar muzik atau membaca bersama anak mereka.
"Pada awal usia mereka, minda-minda muda ini mula belajar bagaimana dunia sekeliling mereka berjalan. Ya, (skrin) sangat menarik, ia menyediakan rangsangan visual yang tinggi, dan ia menarik perhatian kanak-kanak ini, tetapi apa yang ia tidak boleh sediakan ialah keseimbangan sentuhan, pergerakan, perhubungan dua hala dan ini semua ciri-ciri yang sangat penting bagi perkembangan otak muda," kata penyelidik utama, A*STAR IHDP, Profesor Tan Ai Peng.
Sehubungan dengan itu, seorang bapa berpendapat bahawa dalam era digital kini, mesin fizikal serta permainan robot yang lebih baik mungkin boleh menjadi pilihan berbanding skrin.
"Saya rasa bagi bayi hingga ke dua tahun, saya tidak fikir skrin adalah jawapannya, bukan?
"Saya rasa naluri sentuhan kepada benda adalah sangat, sangat dipandang rendah, bukan? Contohnya, jika anda beri anak anda meja dengan longgokan pasir, mereka akan secara alami bermain dengannya.
"Dan saya rasa itulah cara yang perlu kita lakukan, dan apa-apa yang kita lakukan dengan teknologi perlu ada ciri tertentu seperti sentuhan mekanikal, kerana saya rasa ia sangat penting bagi perkembangan anak," kata Encik Daniel Ong.
Menurut pasukan penyelidik A*STAR, kajian bagi kumpulan kanak-kanak yang dikaji itu akan berterusan hingga mereka dewasa.
Dalam meneruskan kajian tersebut, para penyelidik berharap untuk menilai sama ada kegelisahan dan gejala proses membuat keputusan yang lebih lama itu tetap berkekalan bagi kanak-kanak terbabit.

Sumber : CNA/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.