Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perkauman di S'pura, kerelevanan sekolah SAP dibincangkan di sesi dialog mengenai kaum

Cik Swedha Raharam berusia enam tahun apabila beliau terdengar seorang pemandu teksi memberitahu ibunya: "Lazimnya, saya tidak mengambil penumpang bangsa India. Mereka agak berbau busuk. Saya tidak tahu anda semua berbangsa India."

Anggaran Waktu Membaca:
Perkauman di S'pura, kerelevanan sekolah SAP dibincangkan di sesi dialog mengenai kaum

Sesi yang dipanggil “Regardless of Race - The Dialogue”. (Gambar: Tang See Kit)

Diterbitkan : 21 Sep 2019 11:32PM Dikemas Kini : 21 Sep 2019 11:39PM

SINGAPURA: Cik Swedha Raharam berusia enam tahun apabila beliau terdengar seorang pemandu teksi memberitahu ibunya: "Lazimnya, saya tidak mengambil penumpang bangsa India. Mereka agak berbau busuk. Saya tidak tahu anda semua berbangsa India."

Ibunya kelihatan "agak marah" dan memberitahu Cik Rajaram untuk bertutur bahasa Mandarin.

"Ia adalah bahasa yang ayah saya mahu saya belajar kerana beliau berpendapat ia adalah kemahiran yang berguna. Oleh itu, saya bertutur dalam bahasa Mandarin. Pemandu teksi itu berubah sikapnya dan hanya berbual dengan saya sepanjang perjalanan itu," menurut rakyat Singapura itu yang kini berusia 23 tahun dan merupakan mahasiswa tahun akhir di Universiti Nasional Singapura (NUS).

"Pengalaman itu benar-benar mengejutkan saya," tambahnya. "Ia adalah kali pertama saya mempersoalkan kedudukan saya di Singapura."

Pengalaman Cik Rajaram sebagai mangsa perkauman adalah salah satu daripada kisah yang dikongsi di satu sesi yang dipanggil “Regardless of Race - The Dialogue” pada Sabtu (21 Sep).

Sesi itu dianjurkan oleh OnePeople.sg - pertubuhan negara yang mempromosikan keharmonian kaum dan agama - dengan kerjasama Mediacorp dan kumpulan berbilang agama Roses of Peace. Sesi itu adalah yang pertama, yang berharap untuk membincangkan hubungan kaum di Singapura.

Sekitar 130 orang daripada pelbagai latar belakang menghadiri tiga sesi dialog itu.

Pengerusi OnePeople.sg, Dr Janil Puthucheary berkata bahawa meskipun isu bangsa adalah sesuatu yang sering mendapat perhatian di Singapura, ia bukan isu yang mudah dibincangkan.

"Garisan antara perbincangan yang bermakna, menjadi terlalu sensitif, bertindak sensitif dengan sewajarnya, antara mencari sesuatu yang menyeronokkan, menarik dan yang menyerang, tidak tertulis. Ia tidak jelas," katanya.

"'Tidak kira bangsa' tertulis dalam ikrar (negara) kita... tetapi ia sesuatu yang terus diusahakan," tambahnya. "Kami inginkan satu siri dialog dan itulah yang ingin dilancarkan oleh OnePeople.sg hari ini."

KERELEVANAN SEKOLAH SAP

Selain itu terdapat soalan-soalan mengenai sekolah-sekolah Pelan Bantuan Khas (SAP) dan sambutan Hari Keharmonian Kaum yang diadakan setiap tahun di sekolah.

Kebanyakan yang hadir dalam sesi dialog itu menekankan mengenai pentingnya memupuk "hubungan yang lebih bermakna dan berterusan" antara kaum-kaum yang berlainan di sini.

Sekolah-sekolah SAP, di mana hanya bahasa Mandarin ditawarkan, secara tidak langsung mengecualikan para pelajar dari kaum-kaum lain, menurut Encik Leonard Lim, seorang bekas penyelidik di Institut Kajian Dasar.

Peluang-peluang untuk berinteraksi dengan mereka dari latar belakang bukan Cina juga amat singkat, untuk membina persahabatan yang bermakna. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan