Perkasa, sokong keluarga berpendapatan rendah tatkala pandemik, gesa Presiden Halimah
Keluarga-keluarga berpendapatan rendah perlu diperkasa dan disokong di tengah-tengah pandemik sekarang. Ini kerana, kata Presiden Halimah, keluarga sedemikian lebih terjejas oleh kesannya.
SINGAPURA: Keluarga-keluarga berpendapatan rendah perlu diperkasa dan disokong di tengah-tengah pandemik sekarang. Ini kerana, kata Presiden Halimah, keluarga sedemikian lebih terjejas oleh kesannya.
Puan Halimah yang melawat Pusat Khidmat Keluarga Fei Yue pagi tadi (22 Jul) turut mengumumkan tema Cabaran Presiden bagi tahun depan iaitu "Menyokong Keluarga Berpendapatan Rendah".
Ia diharap dapat membantu keluarga-keluarga miskin untuk bangkit lebih kuat daripada pandemik dan memberi mereka peluang sama rata untuk mencapai cita-cita mereka.
Menurut Puan Halimah, ia dapat dicapai dengan membantu para pekerja meningkatkan kemahiran bagi prospek pekerjaan yang lebih baik.
Beliau menambah amat penting untuk memastikan anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan tidak terjejas oleh pandemik.
Ini dapat dilakukan dengan memastikan mereka mendapat akses kepada sumber-sumber yang dapat membantu.
"Kerjasama antara masyarakat, pihak swasta dan awam ini. Tiga kerjasama ini amatlah penting supaya kita dapat mengadakan suatu keadaan di mana kita betul-betul boleh mengatakan bahawa kita sebuah masyarakat inklusif di mana semua orang dapat memberikan sokongan mereka," ujar beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.