Perkampungan sukan ActiveSG baru dibuka di Jurong
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri Kanan Tharman menghadiri perasmian perkampungan sukan Jurong yang baru pada pagi Ahad (11 Jun).
Ia menawarkan kepada para penduduk akses kepada kemudahan sukan dan senaman yang dalam kemampuan rakyat.
Ini bersesuaian dengan matlamat pelan induk untuk menyediakan ruang sukan
dalam jarak 10 minit berjalan kaki dari rumah semua penduduk menjelang 2030.
Berita baik untuk para peminat sukan berpasukan yang menetap di Jurong.
Dengan perkampungan sukan yang baru, mereka boleh bermain hoki, bola sepak, bola keranjang dan banyak lagi sukan lain - semuanya di bawah satu bumbung.
Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam berkata, para penduduk meminta kemudahan sedemikian.
"Demografik penduduk sedang berubah dari dua sudut. Penduduk semakin menua, dan perlu disediakan pelbagai peluang untuk bersukan dan bersenam pada setiap peringkat usia. Kedua, terdapat ramai keluarga muda yang berpindah ke sini, dan mereka inginkan peluang untuk anak-anak mereka," kata Encik Tharman.
Pihak SportSG juga ingin menyokong usaha ke arah kemampanan, di dalam dan luar padang.
Air yang dikumpul daripada gelanggang hoki dikitar semula untuk padang bola serta kawasan lain yang berumput.
60,000 pasang kasut pula dikitar semula menjadi permukaan bagi laluan berlari-lari anak ini.
Reka bentuk prasarana SportSG turut mengalu-alukan golongan kurang upaya.
Ia sesuai dengan usaha di peringkat lebih luas untuk menjadikan sukan lebih inklusif.

Sumber : CNA/IQ/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.