Perjuangkan, martabatkan bahasa Melayu supaya kekal jadi identiti generasi seterusnya: Dr Faishal
Anggaran Waktu Membaca:
Dr Faishal berucap di majlis pelancaran siri buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah Melayu. (Gambar: BERITAMediacorp)
SINGAPURA: Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Faishal Ibrahim berkata, masyarakat harus memperjuangkan dan memartabatkan bahasa Melayu supaya ia kekal menjadi kebanggaan dan identiti untuk generasi seterusnya.
Salah satu cara memupuk rasa cinta terhadap bahasa adalah dari usia kecil lagi, menerusi buku-buku cerita Melayu yang dekat di hati kanak-kanak.
Beliau berucap demikian di majlis pelancaran siri buku cerita untuk kanak-kanak prasekolah Melayu, di Perpustakaan Negara pada Sabtu (26 Jul).
Set siri buku cerita berjudul 'Siri Pengkarya Singapura' itu mengandungi enam naskhah hasil karya para penulis yang antaranya terdiri daripada guru-guru prasekolah.
Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata, buku-buku cerita itu menyemai imaginasi dan membentuk pemikiran serta "menyuburkan rasa bangga terhadap bangsa dan budaya kita".
Siri Pengkarya Singapura merangkumi kisah-kisah yang bertemakan budaya, permainan tradisi, hobi dan sebagainya diutamakan.
"Agar kanak kanak lebih memahami persekitaran mereka pada usia muda supaya mereka boleh membesar dan mempunyai. Bukan sahaja pemikiran tetapi keselesaan dalam kehidupan mereka untuk mendekati bahasa, budaya dan kesusasteraan kita," tambah beliau.
Dr Faishal juga berkata bahawa apabila generasi muda dibesarkan dengan cerita-cerita seperti yang ditampilkan dalam buku-buku itu, mereka akan lebih menghargai keindahan dan kekuatan bahasa Melayu.
"Ini adalah asas penting dalam usaha kita untuk memastikan bahasa Melayu berkembang maju sebagai bahasa yang memperkaya kehidupan kita dan mengukuhkan fabrik sosial kita," jelas Dr Faishal lagi.
HASIL KARYA GURU PRASEKOLAH
Tajuk-tajuk buku-buku itu termasuk Amir Cari Hobi, Dikir Barat, Lawatan Ke Pulau Sentosa, Pak Busu Raja Sehari, Tudung Saji Nenek dan Wayang Kulit Aidin.
Penerbitan buku-buku itu disokong oleh Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.
Penerbitan itu juga hasil penulisan empat guru prasekolah dan seorang bekas guru prasekolah.
Mereka menerima bimbingan daripada pengasas syarikat penerbitan buku, Alam Cahaya, Cik Hana Mohd, yang juga merupakan penulis terakhir siri buku cerita itu.
Menurut Cik Hana, siri buku itu mempunyai ilustrasi yang menarik dan memberi pengetahuan berguna kepada para pelajar.
"Kanak-kanak akan dapat menguasai kosa kata yang banyak sebab perkataan yang digunakan dalam buku-buku Siri Pengkarya Singapura adalah yang mudah dan senang faham," kata Cik Hana.
PERANAN IBU BAPA PUPUK TABIAT MEMBACA
Lebih daripada sekadar menyediakan bahan bacaan untuk kanak-kanak, Cik Hana juga menegaskan peri pentingnya peranan ibu bapa untuk menjadi teladan memupuk tabiat membaca.
"Ibu bapa adalah pendidik utama dari awalnya. Jadi, mereka harus beri dorongan yang baik untuk anak anak mereka. Dengan ajak mereka membaca sama ataupun membacakan cerita kepada mereka.
"Ataupun mereka boleh bawa peranan bermain dengan anak anak mereka," kongsi Cik Hana.
Penulis Tudung Saji Nenek, Cik Faziha Abdollah pula berharap kanak-kanak dapat menghargai kekayaan budaya Melayu apabila membaca buku ceritanya.
"Buku saya mengisahkan kekayaan budaya Melayu seperti keunikan kuih muih tradisional dan juga peralatan lama yang jarang dilihat masa kini. Namun, ianya mungkin kelihatan serupa tetapi tidak sama.
"Saya harap juga mereka dapat mempelajari perkataan baharu dalam bahasa Melayu. Dengan pengakhiran cerita yang bersifat terbuka, ia membolehkan mereka untuk menjadi sebahagian dari penceritaan," ujar beliau.
Dr Faishal menyanjung karya-karya yang dihasilkan para penulis ini.
Ini kerana ia menyumbang kepada asas penting dalam usaha masyarakat Melayu tempatan memastikan bahasa Melayu berkembang maju sebagai "bahasa yang memperkaya kehidupan kita dan mengukuhkan fabrik sosial kita".
"Pemerintah Singapura akan terus memberikan sokongan yang kuat dalam aspek ini kerana kita menilai dan kita mementingkan bahasa, budaya dan kesusasteraan kita," tambah Dr Faishal.
"Saya mahu lebih ramai yang turun padang berkecimpung dalam arena ini dan saya akan bersama-sama dengan rakan-rakan saya dan pemerintah untuk terus memberi sokongan. Lebih-lebih lagi dalam aspek prasekolah kerana kita harus menanam pada usia muda."
Semasa hari pelancarannya itu, sebanyak 30 set buku cerita Siri Pengkarya Singapura, yang diletakkan pada harga S$50, dijual.
Secara keseluruhannya, 1,900 set buku cerita itu sudah dicetak oleh syarikat Alam Cahaya.
Kesemua set-set buku itu sudahpun diedarkan kepada prasekolah-prasekolah di merata Singapura.

Sumber : BERITA Mediacorp/HZ/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.