Perjanjian RCEP langkah baik bagi prospek jangka panjang rantau ini: Chan Chun Sing
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang dimeterai adalah langkah yang baik bagi prospek jangka panjang rantau ini.
SINGAPURA: Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing berkata perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) yang dimeterai adalah langkah yang baik bagi prospek jangka panjang rantau ini.
Beliau menyifatkan perjanjian RCEP itu sebagai memberi hala tuju masa depan yang jelas.
Encik Chan menambah perjanjian itu akan memperluas dan mengeratkan hubungan ekonomi di kalangan negara-negara anggota dan satu strategi lebih mampan untuk bangkit lebih kuat daripada COVID-19.
"Pada masa sokongan pelbagai hala semakin lemah, perjanjian RCEP akan memberikan kenyataan jelas tentang sokongan tidak berbelah bagi di rantau ini dan komitmen terhadap sistem perdagangan pelbagai hala.
"Ia akan menempatkan rantau ini di barisan hadapan pemulihan ekonomi serantau dan kekal sebagai destinasi pelaburan bersepadu menarik semasa dan pasca COVID-19," ujar Encik Chan.
Encik Chan menarik perhatian salah satu manfaat perjanjian adalah syarikat-syarikat China kini mempunyai lebih kepastian untuk berkembang di rantau ini.
Ini pula akan menarik pelaburan dari seluruh dunia ke negara-negara anggota.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.