Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjanjian Perdagangan Bebas EU-S'pura batu loncatan buat ASEAN

Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Singapura, apabila dikuatkuasakan kelak, boleh menjadi batu loncatan bagi mencapai FTA antara EU dengan ASEAN.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Sep 2019 04:24PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 08:58PM

SINGAPURA: Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA antara Kesatuan Eropah (EU) dengan Singapura, apabila dikuatkuasakan kelak, boleh menjadi batu loncatan bagi mencapai FTA antara EU dengan ASEAN.

Menggulung lawatan tiga harinya ke Brussels, Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S. Iswaran mengesahkan kemajuan baik sedang dibuat dalam rundingan FTA EU-Singapura.

Majlis Kesatuan Eropah dijangka meluluskan perjanjian itu seawal bulan depan.

Dagangan antara EU dengan Singapura melebihi $114 juta pada 2018 dan jumlah itu dijangka meningkat apabila FTA EU-Singapura berkuat kuasa.

Encik Iswaran menambah FTA itu boleh berkembang untuk merangkumi rantau ini kerana EU mengiktiraf potensi ASEAN.

Rundingan EU-ASEAN disambung semula pada Julai tahun lalu selepas dihentikan pada 2009 apabila EU memilih untuk mengadakan rundingan secara berasingan dengan negara-negara individu.

"Saya berpendapat perkara penting untuk diberi perhatian terhadap FTA EU-ASEAN adalah kedua-duanya merupakan kumpulan serantau," ujar Encik Iswaran.

"Dengan itu, corak kepelbagaian setiap negara anggota akan menjadi faktor yang boleh menjejas rentak rundingan bagi perjanjian-perjanjian sedemikian."

Encik Iswaran menambah satu lagi aspek penting menuju ke hadapan adalah ekonomi digital. Mei lalu, Singapura memulakan rundingan mengenai perjanjian kerjasama ekonomi digital dengan New Zealand dan Chile.

Pada Januari lalu pula, 76 anggota Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) mengesahkan hasrat mereka untuk memulakan rundingan e-dagang selepas Australia, Jepun dan Singapura menganjurkan pertemuan tidak rasmi. 

Sumber : CNA/MM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan