Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjanjian Mediacorp-Pinkfong tawar lebih banyak rancangan kanak-kanak

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian Mediacorp-Pinkfong tawar lebih banyak rancangan kanak-kanak

Studio Adun Filem (MMS) Mediacorp. (Gambar: Mediacorp)

SINGAPURA: Mediacorp merancang untuk tawarkan lebih banyak kandungan bagi kanak-kanak di televisyen dan juga online, dengan beberapa perjanjian yang dimeterai di Forum dan Pasaran TV Asia.

Mulai Februari tahun depan, saluran TV percuma 'Okto on 5' memperuntukkan 30 minit setiap pagi khusus untuk rancangan Baby Shark dan juga kandungan hiburan yang serupa.

Perjanjian dengan syarikat Pinkfong ini bermakna lebih 50 jam kandungan baru di saluran 'Okto on 5' dan meWATCH akan disiarkan buat julung-julung kalinya.

Selain itu, Mediacorp juga sedang bekerjasama dengan YouTube untuk menghasilkan sebuah rancangan permainan online baru.

Rancangan berjudul 'That Free Money Show' itu akan menyaksikan para pencipta kandungan ataupun 'content creators' mengambil bahagian dalam satu siri cabaran dengan tema berkaitan Singapura.

Ia akan disiarkan di YouTube dan meWATCH pada penghujung Januari tahun depan.
Sumber : CNA/IA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan