Skip to main content

Singapura

Perjanjian Income-Allianz: NTUC Enterprise, Income nafikan tuduhan 'tidak adil' dalam surat terbuka Tan Suee Chieh

Anggaran Waktu Membaca:
Perjanjian Income-Allianz: NTUC Enterprise, Income nafikan tuduhan 'tidak adil' dalam surat terbuka Tan Suee Chieh

Gambar: Google Street View

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 04 Aug 2024 11:46PM
SINGAPURA: NTUC Enterprise dan Income Insurance pada Ahad malam (4 Ogos) menyangkal kandungan surat terbuka oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif Tan Suee Chieh, yang menimbulkan bantahan terhadap perjanjian Income-Allianz.

Menerusi sebuah catatan di Facebook Jumaat lalu (2 Ogos), Encik Tan memuat naik surat terbuka terhadap pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) Gan Kim Yong dengan meminta agar pengawal selia pemerintah campur tangan. Beliau juga mengutuk beberapa aspek perjanjian itu.

Namun, dalam bantahannya, beliau juga "memberikan pendapat kepada pihak berkepentingan berhubung urus niaga yang dicadangkan ini", menurut NTUC Enterpise dan Income dalam satu kenyataan bersama.

"Pendapat ini tidak berasas dan, sememangnya, tidak adil. Ia penting untuk kami menyampaikan konteks dan fakta penuh dengan tepat."

Syarikat Jerman Allianz mengumumkan pada 17 Julai bahawa ia merancang untuk membeli saham majoriti dalam Income Insurance pada sekitar AS$1.6 billion (S$2.1 bilion).

Ia menyatakan akan menawarkan S$40.58 bagi setiap pegangan untuk urus niaga bernilai sebanyak S$2.2 bilion, bagi 51 peratus saham dalam Income Insurance.

Setakat ini, NTUC Enterprise mempunyai 72.8 peratus pegangan saham dalam Income. Ia akan kekal menjadi pemegang saham terbesar jika penjualan itu diteruskan.

Dalam kenyataan sepanjang 11 muka surat itu, ia membentangkan ringkasan eksekutif serta respons penuh mereka.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita