Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perjanjian Income-Allianz: Jawatankuasa NTUC tidak tahu tentang rancangan pengurangan modal, kata Desmond Tan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jawatankuasa pusat Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) hanya mengetahui tentang rancangan pengurangan modal antara Income Insurance dengan Allianz apabila ia diumumkan di parlimen, kata timbalan setiausaha agung Desmond Tan pada Rabu (16 Okt).

Menjawab soalan daripada Anggota Parlimen (AP) ketika perbahasan mengenai Rang Undang-Undang Insurans (Pindaan), Encik Tan berkata NTUC adalah pemegang saham terbesar NTUC Enterprise, namun tidak terlibat dalam operasi sehariannya.

NTUC Enterprise memiliki saham 72.8 peratus dalam Income Insurance.

Encik Tan berkata bahawa jawatankuasa pusat NTUC diberi taklimat oleh NTUC Enterprise dan Income Insurance mengenai " strategi yang diperlukan" bagi perjanjian tersebut, namun rancangan pengurangan modal itu tidak diketengahkan kepada jawatankuasa pusat.

"Malah, jawatankuasa pusat dan saya sendiri hanya mengetahui tentang perkara ini pada Isnin, ketika kenyataan menteri," kata Encik Tan, yang juga menteri kanan negara di Pejabat Perdana Menteri.

KEPRIHATINAN ANGGOTA PARLIMEN

Encik Tan menjawab soalan daripada dua Anggota Parlimen (AP) tentang pengetahuan kepimpinan NTUC mengenai perjanjian itu.

Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Raj Joshua Thomas merujuk kepada kenyataan pada 5 Ogos oleh presiden NTUC K Thanaletchimi dan setiausaha agung Ng Chee Meng yang mengatakan bahawa Income hanya akan dapat "terus memenuhi misi sosialnya" jika ia mempunyai akses kepada sumber tambahan untuk meluaskan operasinya.

"Jadi ini menimbulkan persoalan - sama ada Income sudah memberi taklimat kepada kepimpinan NTUC mengenai inisiatif yang dicadangkan untuk mengurangkan modal saham," kata Encik Thomas.

AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Leong Mun Wai mengemukakan soalan yang sama semasa perbahasan yang mengambil masa hampir empat jam, di mana dia bertanya sama ada kepimpinan NTUC diberi taklimat mengenai butiran penuh urus niaga itu, termasuk rancangan pengurangan modal.
MISI SOSIAL INCOME

Encik Tan juga mengulangi misi sosial Income, dengan usaha seperti menawarkan skim insurans kos rendah dan memastikan premium kekal mampu dimiliki bagi pekerja berpendapatan rendah.

Misi sosial NTUC juga merangkumi selain insuran, seperti bidang seperti pendidikan, latihan dan penjagaan warga emas, katanya.

Beliau berkata pemerintah dan NTUC berkongsi niat strategik yang sama, serta objektif yang lebih luas untuk Income dan gerakan koperasi.

Encik Tan menambah bahawa NTUC sudah menyemak perkara tersebut, dan menerima pertimbangan dan keputusan pemerintah mengenai urus niaga yang dicadangkan, dan ia menyokong Rang Undang-undang untuk meminda Akta Insurans.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan