Perjanjian Income-Allianz dibatalkan; dinilai 'bukan dalam kepentingan awam'
Perjanjian antara NTUC Income dengan syarikat insurans Jerman Allianz telah dibatalkan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Perjanjian antara NTUC Income dengan syarikat insurans Jerman Allianz telah dibatalkan.
Di bawah urus niaga yang dicadangkan dan diumumkan pada 17 Julai lalu, Allianz akan membeli pegangan kawalan dalam Income Insurance.
Namun pengumuman itu mencetuskan bantahan awam dan timbul keprihatinan sama ada Income akan meneruskan misi sosialnya.
Beberapa tokoh ternama juga tampil untuk menyuarakan keprihatinan mereka terhadap perjanjian itu apabila ia diumumkan buat kali pertama.
"Pemerintah telah menilai urus niaga yang diusulkan itu dan memutuskan ia bukan dalam kepentingan awam, dalam bentuk sedia adanya, untuk diteruskan," kata Menteri Kebudayaan Masyarakat dan Belia Edwin Tong dalam satu kenyataan menteri di Parlimen pada Isnin (14 Okt).
Gergasi khidmat kewangan Jerman itu mengumumkan tawarannya untuk membeli pegangan majoriti sekurang-kurangnya 51 peratus dalam Income pada harga sekitar AS$1.6 bilion (S$2.06 bilion) pada Julai lalu.
NTUC Enterprise pada ketika itu menyatakan bahawa ia akan mengekalkan pegangan yang 'besar' jika penjualan itu diteruskan.
NTUC juga berikrar untuk memastikan Income meneruskan komitmennya dalam memastikan dua skim insurans kos rendah kekal dimampui.
Sebahagian besar yang membantah urus niaga antara Income dengan Allianz, prihatin, syarikat berbilang negara itu tidak sealiran dengan misi asal Income, yang bertujuan memenuhi keperluan pekerja bergaji rendah.
Antara mereka yang lantang bersuara adalah mantan CEO NTUC Income Tan Kin Lian, duta kelana Tommy Koh dan Encik Tan Suee Chieh, yang merupakan CEO NTUC Income dari 2007 hingga 2013 sebelum menjadi CEO Kumpulan NTUC Enterprise pada 2013 hingga 2017.
Encik Tan Suee Chieh menyifatkan perjanjian yang diusulkan itu sebagai 'melanggar kepercayaan" dan menggesa pemerintah supaya menghentikannya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.