Perjanjian dagangan bebas terbesar dunia RCEP berkuat kuasa bagi 10 negara
Perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia mula berkuat kuasa pada Sabtu (1 Jan).
(Gambar hiasan: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia mula berkuat kuasa pada Sabtu (1 Jan).
10 negara termasuk Singapura, China dan Australia menyertai Perjanjian Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) itu.
Para peniaga di negara-negara itu kini menikmati potongan tarif sehingga 90 peratus.
Menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), RCEP akan meningkatkan lagi hubungan perdagangan antara Singapura dengan negara-negara anggota yang lain.
Selain menikmati potongan tarif yang besar, para peniaga boleh memanfaatkan akses eksklusif pasaran untuk produk-produk seperti plastik dan bahan api galian.
RCEP merupakan lanjutan daripada perjanjian dua hala antara ASEAN dengan rakan-rakan perdagangan bebas pertubuhan serantau itu.
Ia meliputi kira-kira 30 peratus Hasil Dalam Negara Kasar (GDP) sejagat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.